Al-Quran menjadi teman setia di kala ini. Masih teringat ramadhan-ramadhan terdahulu aku selalu berlumba dengan mak mengkhatamkan al-Quran sepanjang bulan itu. Bukan bermaksud riak tapi untuk memotivasi diri. Bulan ramadhan bulan amalan ibadah digandakan. Dulu para sahabat rasulullah saw merindukan hadirannya bulan ini. Namun masyarakat kita lah ni merindukan tibanya syawal menjelang. Malah ramai yang sejak awal-awal lagi sudah pun menempah baju raya untuk di pakai di pagi raya.
Masya Allah. Jauhnya perbezaan kita dengan para sahabat. Ibarat langit dan bumi. Sahabat menangis teresak-esak ketika berakhirnya bulan Ramadhan sedangkan kita bersorak kegirangan menantikan tibanya Syawal menjelma tiba. Solat terawih di zaman nabi saw hanya lapan rakaat sedangkan di zaman Syaidina umar ra ditambah kepada 20 rakaat. Perbezaannya hanya pada bilangan tapi masa perlaksanaannya selepas solat isyak sampai menjelang sahur.
Subhanallah, teguhnya iman para sahabat. Seteguh karang di lautan yang sentiasa berdiri teguh di hempas kemarahan sang ombak. Namun, kita yang hidup di akhir zaman ni selalu berbalah tentang rakaat terawih. Lapan ker 20? Masing-masing ada hujah. Padahal para ulama salafus sholeh tidak menganggap besar perkara ni.
Teringat semasa pergi sembahyang terawih kat masjid tadi. Jamaah terawih semakin berkurang 60%. Baru 10 hari ramadhan berlalu. Begitu cepat kepupusan berlalu. Memang susah nak mengapai syurga Ilahi. Melaksanakan perkara ibadah. Nafsu kita selalu menolak. Tetapi melaksanakan kemaksiatan pada Allah begitu mudah. Marilah kita renung-renungkan bersama. Wallahu ‘alam bisshawab .
1 comments:
30 Ogos 2009 pada 2:58 PTG
teruskan dan gandakan amalan..sama-sama kita meraih ganjaran sebagai bekalan kelak.. semoga amal kita diterima Allah.
Catat Ulasan