Ahad, 29 Mac 2009

Hatiku Tertinggal di Kuala Koyan 2

Ahad, Mac 29, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
HARI KETIGA (ISNIN 16 MAC 2009)

Letihnya seharian. Suara Azan sepoi-sepoi berkumadang menusuk ke dalam cochlea telingaku. Aku selalu KP kerohanian perlu memastikan surau sentiasa bersih untuk kegunaan peserta. Namun, rasa sedih terasa di kalbu. Jumlah peserta program yang hadir tak sampai 50 peratus pun. Mmm.. nak wat camner. Tapi takper sebagai sahabat seiman aku kena sentiasa berhusnuzhon (bersangka baik) terhadap mereka. Selepas menunaikan solat Subuh tak sempurna rasanya jika tidak diselitkan dengan tazkirah. Walaupun berdurasi 15 minit ia tetap menyegarkan dan memberi santapan yang mengenyangkan buat ruhaniku dan para peserta.

Sesi kuliah subuh dari Ustadz Rafizi cukup menyegarkan
hati kami di pagi subuh yang hening itu


Tepat 7.30 pagi, time for “celik-celik pagi” yakni senaman buat mencergaskan fizikal pula. Semua bersemangat termasuk aku untuk mengharungi program pada hari ini. Selepas melakukan senaman ringan bola mata kami tertumpu kepada padang bola sepak di hadapan sekolah rendah Kuala Koyan ini. 4 orang pensyarah yang dari tadi warming up di tengah padang sambil bermain-main mesra dengan bola menunggu kedatangan kami. Kekalahan semalam tidak menyurutkan keputus asaan mereka untuk terut bermain bola. Bola tetap di hati. (yer ker?). Hidup MU. Hehehe.

Celik-celik pagi sebelum masuk ke padang bola.
Warming up dulu.


Penat jelas terasa. Seperti nak tercabut jantung ini menahan letih dan sakit di sekujur badan. Kami bergegas keluar menuju kantin sekolah, pusat untuk kami menjamu selera. Ku capai air kosong untuk melepaskan dahaga. Nyamannya, serasa dunia ni aku yang punya. Juadah hari ni cekodok n roti telah tersaji di atas meja. Tangan ku tak sabar mencapai cekodok. My favorite kuih. Mmm sedapnya. Letih dan sakit badan hilang seketika. Seperti ubat mujarat di kala sakit. Macam popaye yang rindukan spinach. Kenyang, kenyang.

Persediaan untuk makan tengahari.
Rajinnya cik kak kita ni.


Tiba masanya aku bergegas meninggalkan tempat ni menuju tempat yang ku tunggu-tunggu selama ini. Apalagi sungai koyan yang tak jauh dari kawasan sekolah. Aku memang tak boleh diam kalau dengar perkataan sungai atau laut. Badanku jadi terketar-ketar. Tak sabar menantikan pangilan suara aur dan tebing yang menanti-menantikan kedatanganku di sini. Besar jugak sungai ni. Deras pulak airnya. Warna pun tak sejernih yang kusangka. Berwarna coklat seperti milo ais minuman kegemaranku. Ku tak kesah semua tu. Sebagai anak laut yang telah lama berkecimpung dengan aktiviti berenang ni. Aku menunjukkan bakatku. Aku boleh taklukkan sungai ni.hahaha. Bukan riya ea. Saja nak cuba try and test.

Masya Allah. Kepenatan masih jelas terasa. Aku berusaha melawan arus sungai ni. Memang meletihkan. Seorang anak orang asli yang mungkin berusia 10 tahun bebas berenang ke hulu dan kehilir. Sedangkan aku berusaha untuk menongkah arus deras ni. Masya Allah, letihnya. Mungkin disebabkan seluar track shirt ni. Kebebasanku terhalang. Dalam jugak sungai ni. Kaki tak sampai mencecah dasarnya. Namun, untuk menghilangkan kepenatan ku meniti batang kayu besar yang tersembunyi di dalam sungai ni. Akhirnya, sampai juga ke tengah sungai. Aku merasa pelik kakiku dapat mencapai dasarnya yang berupa pasir putih jelas terasa di kakiku. Aku bebas bergerak. Kucapai sebongkah sabun mandi yang ku bawa untuk membersihkan kekotoran di tubuhku.

Sungai Koyan. Kurindukan saat bersamamu.

Tepat pukul 9.30. Aku bersiap-siap untuk pergi ke rumah keluarga angkatku. Idris dan Akil kawan turut menemani. Begitu juga pak arab syeikh Ibrahim Khalaf tak ketinggalan ingin turut serta. Yerlah, aku mula rapat dengannya. Dia senang berkomunikasi dengan ku. Dia kagum sebab aku mampu berinteraksi dengannya dalam bahasa arab. Jauh berbanding pelajar-pelajar lain yang masih terpingah-pingah untuk berkomunikasi dengannya. Hehehe. Yer lah. Anugerah Allah. Alhamdulillah.

Ayah angkatku telah lama menunggu sejak dini pagi lagi. Memang semalam ayah angkatku dah berjanji nak membawa kami melihat-lihat kebunnya jauh di dalam hutan. Dengan menggunakan jeep merah miliknya kami menerobos jalan denai yang tak berturab. Betul-betul macam kat “mai secawan” tu. Pengembaraan yang cukup menghiburkan hati kami. Sesekali sekala tayar jeep terpelosok masuk kekelopak lubang yang berlumpur. Best nya. Yelah, musim hujan. Kami disajikan dengan pemandangan panorama yang indah. Masya Allah. Apalagi udara di tengah hutan ni memang menyegarkan. Jauh dari hiruk pikuk kota dan pencemaran. Tak sangka besar jugak kebun bapa angkat ku ini. Lebih 1000 pokok getah yang ditanamnya. Masih dalam proses pematangan. Baru berusia 3 tahun. Sedangankan pokok yang matang itu berusia 5 tahun dan baru boleh ditoreh untuk mendapatkan hasilnya. Kami di bawah keperkampungan asal mereka dulu iaitu Kampung Debit sebelum di pindakan ke Kuala Koyan. Masya Allah, aku sekali lagi terpegung dengan keindahan panoramanya. Seperti tak nak ku lepaskan kaki ku ini meninggalkan kawasan ini. Jam menunjukkan hampir 12.30 tengahari. Masa makan tengahari pun telah tiba. Kami segera meninggalkan perkampungan itu menuju ke sekolah. Sebelum sampai ke sekolah ayahku mengajak melihat sebentar jambatan gantung yang telah putus disebabkan banjir suatu tika dulu. Aku merasa heran sebab jambatan gantung yang tinggi itu boleh putus disebabkan banjir. Betapa besar banjir tika tu ea. Mesti besarkan.

Selepas makan, ku rehatkan badan yang letih ini di pembaringan yang telah disediakan. Walaupun beralasan kan tikar plastik. Keletihan jelas tak terasa, Angin lembut menerpa ke tubuh mempercepatkan proses tidurku. Program pukul 2.00 – 4.00 petang adalah program motivasi UPSR bagi pelajar orang asli. Manakalah ibu bapa pula disuguhkan dengan program motivasi keibubapaan. Aku tak mengambil bahagian pun dalam program ni. Dan tak dapat tugas pun dari mereka. Masa ni memang masa paling tepat untuk berehat panjang. Jangan jeles.

Sesi motivasi Pelajar UPSR. Seronokkan adik-adik kita ni.

Petang itu, tepat 430 petang . Program diteruskan dengan Kembara Desa. Sedangan aku masih keletihan. Apakan daya aku seakan tak berdaya untuk bergerak. Diberitakan oleh rakan-rakan yang lain mereka menyelusuri semua pelosok desa Kuala Koyan ini . Menikmati keindahan alamnya yang masih pure lagi dan berama mesra dengan penduduk kampong.

Di malam harinya pula, seperti biasa kami menunaikan solat jamak Qasar. Makan malam dan post mortem.

Sesi post mortem. Membincangkan hal-hal berbangkit.
Khusyuknya aku.

to be continue.....

Khamis, 26 Mac 2009

Hatiku Tertinggal di Kuala Koyan 1

Khamis, Mac 26, 2009 by Salman At-Tawawi · 5 comments
Labels:
kampung kuala koyan dalam kenangan


Tajuk ni kontroversi ker?. Hehehe. Jangan buat prediksi yang bukan-bukan dulu. 14-20 mac 2009. Baru-baru ini kami khususnya pelajar tahun 2 Jabatan Dakwah dan Kepimpinan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan program wajib jabatan setiap tahun. Program yang ber tema “Program Khidmat sosial bersama orang asli” dan bermottokan “Semarak Budi Explorasi Rabbani 2009 adalah satu program dakwah khususnya kepada masyarakat orang asli untuk memeluk agama Islam.

Sambutan yang kami terima memang di luar jangkaan. Kami disambut dengan penuh mesra oleh penduduk orang Asli di perkampungan Kuala Koyan, Kuala lipis, Pahang Darul Makmur. Kami menjadikan Sekolah Rendah Kuala Koyan sebagai tempat beteduh dan menjamu selera. Segala program-program dan gerak kerja difokuskan di sini.


Hari pertama di hadapan Fakulti pengajian Islam
UKM sementara menunggu ketibaan bas

Hari Pertama (Sabtu 14 Mac 2009)

Kami lebih Menumpukan kepada persiapan gerak kerja yang utama seperti penyediaan tempat tidur di dalam bilik-bilik darjah, Penyediaan dapur di kantin sekolah sekaligus penyediaan bahan-bahan memasak, menyediakan bilik gerakan dan surau. Masalah yang timbul pada hari pertama ialah bekalan air yang tidak mencukupi. Masalah tandas sekolah yang berbau disebabkan terdapat ketiadaan air menyulitkan gerak kerja kami. Masalah lain yang timbul juga adalah bekalan eletrik yang tak terdapat di kawasan kantin. Akibatnya kami terpaksa makan ala-ala orang putih “candle light dinner”lah katakan. Hehehe. Alhamdulillah dalam masa tiga jam menunggu dan menanti akhirnya wakil dari tok batin datang menyuguhkan bantuan. Akhirnya, kami dapat makan dalam keadaan terang.

Rajin nampak, ni lah aktiviti hari pertama.
Mengemas bilih darjah untuk dijadikan bilik gerakan program ni.


Satu lagi nak cerita ni, (hehehe) nasi malam tu mentah dan hangit. Biaselah budak-budak ni masih kurang pengalaman dalam soal masak-memasak apalagi masak nasi dalam jumlah yang ramai. Lebih kurang 100 orang kot beserta orang asli sekali. Tapi takpe, mentah-mentah pun kita lantak jugak dan pulung abis. Tapi yang mencuit ati dan rasa kesian pulak sehabis makan ramai yang minta ubat sakit perut pada Biro Kebajikan Dan Keselamatan. Habis ubat sakit perut. (huhuhu). Tapi misi dakwah kami yang pertama memberi kesan yang tak baik disebabkan orang asli menganggap kami ni tak pandai masak. Tapi takper. Satu kritikan yang membina buat kami. Masalah itu pun di bangkitkan pada malam pertama post mortem.

Aduhai nasi mengapa kau mentah di hari pertama? hihihi

Hari kedua (Ahad 15 mac 2009)

Di pagi subuh nan syahdu dan dingin. Embun-embun pagi membasahi seluruh penjuru kawasan sekolah. Suara azan dari surau yang kami sediakan sendiri bergema dari seorang pelancong asing yang kami bawa dari Tripura, India. Hihihihi bermadah berhelah pulak. Mmm…. sebenarnya ada 4 orang ustad yang tengah memgambil PHD turut serta dalam program dakwah ini. 2 orang dari padanya adalah warga asing. Syeikh Ibrahim Khalaf dari Jordan yang tak pandai berbahasa melayu and Mr Hannan yang berasal dari Tripura. Salah satu wilayah yang terletak di India. Dia ni bolehlah sikit-sikit bahasa melayu. Bahasa pengantar yang dia gunakan adalah bahasa Inggeris (terer ooo) Termotivasi juga kami untuk berspeaking. Sedangkan saudara Ibrahim mahir berbahasa arab (yer lah memang orang arab pun).

kacak tak, tapi 3 dah kawin. Tinggal 2 je masih bujang.
Semua pelajar Phd melainkan aku sorang pelajar Ijazah.


Berbalik kepada tentantif program kami yang pertama di hari kedua. Program pembukaan dan penyerahan keluarga yang bermula tepat 10 pagi. Walaupun dalam keadaan kalang kabut (yelah air takde sangat) kita mampu mengadakan majlis ini dengan baik dan menepati jadual yang telah dirancang sebelumya. Tak tau lah kalau ade yang tak mandi masa tu (hehehhe). Tapi Nampak gaya sume segak dan lawa-lawa belaka. Apalagi diserikan dengan kemeja dan baju kurung batik biru dari para peserta program.

Peserta program dengan baju batik sendondon
mencantikkan suasana majlis perasmian

Dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari wakil Tok Batin, kemudian dicantikkan pula oleh sepatah dua kata dari ketua Jabatan Dakwah iaitu Dr Fariza Md Sham. Selanjutnya wakil DO yang masih muda dan hensem turut menarik perhatian peserta wanita dan anak-anak gadis orang asli (yer ker?). Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Iaitu pembagian anak-anak angkat dari kami kepada keluarga angkat dari kalangan masyarakat orang asli. Hati kami berdebar-debar. Sapelah gerangan yang bertuah menjadi ibu bapa angkat kami nanti. Hihihihi. Dipendekkan cerita betapa malunya aku apabila selesa i jer program ni masing-masing saling mencari bapa and ibuangkat masing-masing. Disebabkan wajah-wajah mereka ni (orang asli lah) hampir sama semua pada sisi penglihatan ku, aku tersilap dan terkeliru dalam mengenal pasti mak angkat aku. Hihihihi. Tersilap orang lah katakan (jangan gelak. Hehehe). Rupanya bukan aku saja yang tersilap. Ada lagi beberapa rakan kami yang turut tersilap juga (hahaha. Gelak kat orang. Kan dah kene sendiri. Padan muka).

Di majlis perasmian dan pembahagian keluarga angkat

Aku dan rakan-rakan mengatur langkah menuju teratak singgahsana keluarga angkat kami. Ada yang miskin, ada yang sederhana dan ada jugak yang berada. Keluarga angkat aku ni hampir dikatakan yang berada jugak lah di kalangan orang asli. Yelah, ada bengkel motor, kedai runcit ada dua kereta dan beberapa kebun getah. Mak ayah angkat aku ni takde anak melainkan seorang anak angkat. Jadi Nampak sangat mereka sayang aku dan adik shasha. Anak angkat mereka ni. Buktinya dah hampir seminggu program ini selesai dengan jayanya dah 5 kali pula handphone aku berbunyi petanda panggilan dari ayah dan emak angkat nun jauh di Kuala Koyan tu.

Selepas beramah-tamah dan berkenal-kenalan kami mengajak keluarga angkat menuju ke sekolah tempat pusat gerakan program LAD (Latihan Amali Dakwah) untuk menjamu selera. Meriah sungguh, terutama anak-anak orang asli yang sudah lama menanti kehadiran juadah makan tengahari yang kami sediakan spesial dari hasil jerit air tangan sendiri. hihihi.

Masyarakat orang asli sedang menjamu selera. Sedap tak?

Pada petang harinya, hari yang kami tunggu-tunggu telah tiba. Perlawanan bola sepak di antara peserta pelajar ukm bergabung tenaga dengan 4 pensyarah kami yang kaki bola melawan pasukan veteren perwakilan dari penduduk orang Asli Kuala Koyan. Di minit separuh masa pertama kami mampu mengikat pasukan tuan rumah dengan kedudukan 1-1. Namun, di separuh masa kedua, gol yang tercipta bertubi-tubi menembusi gawang. mmm, segan nak cakap. tapi, bukan gawang tuan rumah melainkan gawang kami sendiri. Berapa ea jaringan yang telah terbolosi masuk ke gawang kami? hihihi. Akhir wisel penamat dibunyikan. Kami keluar dalam keadaan tertunduk sayu. Kekalahan yang memalukan dengan kedudukan Kuala Koyan 9 - UKM 1 cukup menguris perasaan kami. tidak. hihihi. Takde lah. Kami main dengan fair play. Biasalah yang pasukan yang kami lawan ni sebahagiannya pernah mewakili pasukan Daerah Kuala Lipis. Memang terer- terer.

ukm biru vs Kuala Koyan orange

To be continue......

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT