Sabtu, 5 April 2008

Ya Allah terimalah doaku.....

Sabtu, April 05, 2008 by Salman At-Tawawi · 1 comments
Labels:
Ya Allah, kenapa Engkau masih belum menerima doa hambamu ini? Sudah puas aku meminta dah berharap padamu. Namun, segala yang telah kuluahkan, tak mendapat balasan dari-Mu. Ya Allah kabulkan doaku… Kabulkan doaku….


Ungkapan seperti ini selalu dilafazkan ketika doa kita belum dimakbulkan Allah. Segala daya dan usaha telah pun kita curahkan sepenuhnya. Namun, masih juga dalam dilema pengharapan. Ada yang masih meneruskan usahanya dalam berdoa. Ada juga yang berputus asa.

Banyak perkara yang menyebabkan kenapa doa kita tidak atau belum diterima oleh Allah swt. Antaranya sejauh manakah hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia. Ana tak nak bincang tentang ni. Apa yang menarik ana nak kongsi bersama adalah nasihat dan pesan dari seorang ulama silam yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham. Beliau juga terkenal dengan kewara’annya (sufi).

Nama penuh beliau ialah Sultan Ibrahim ibn Adham ibn Mansur al-Balkhi al-Ijli. Beliau dilahir di Balkh iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak di barat Khurasan dan wafat pada 777 hijrah. Keluarga beliau berasal dari Kufah (Iraq) dan merupakan keturunan atau silsilah beliau sampai kepada Syaidina Umar ibn Khatab r.a.

Menurut kisahnya, ketika Ibrahim bin Adham dalam perjalanan menuju ke pasar . Berduyun-duyun dari penduduk kampung datang berjumpa beliau untuk meminta nasihat. Salah seorang di antara mereka bertanya, "Wahai tuan guru! Bukankah Allah telah berjanji dalam kitab-Nya (Al-Quran) bahawasanya Dia pasti akan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya. Padahal kami tak pernah putus-putus berdoa, siang dan malam, tetapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?" Ibrahim bin Adham terdiam seketika kemudian dengan penuh hikmah beliau berkata, "Wahai saudaraku sekalian. Ada sepuluh perkara yang menyebabkan doa kamu tidak dikabulkan oleh Allah.

Pertama
, kamu mengenal Allah, namun kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.

Kedua, kamu membaca akan Al-Quran, tetapi kamu enggan mengamalkan isinya.
Ketiga
, kamu mengakui bahwa syaitan adalah musuh yang sangat nyata, namun Pada masa yang sama kamu turut mengikuti jejak dan suruhannya.

Keempat, kamu mengaku mencintai Rasulullah saw sebagai nabi dan utusan-Nya, tetapi pada masa yang sama juga kamu turut meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
Kelima, kamu mendambakan dan ingin masuk ke dalam surga, tetapi kamu tidak pernah melakukan amalan-amalan ahli surga.
Keenam
, kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu bangga dan suka dengan perbuatan ahli neraka.

Ketujuh
, kamu mengaku bahwa kematian pasti tiba, namun kamu tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.

Kelapan, kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan yang ada pada diri kamu sendiri.
Kesembilan
, kamu selalu menjamah rezeki Allah, tetapi kamu lupa untuk mensyukuri nikmat-Nya.

Kesepuluh
, kamu sering mengiringi jenazah ke kuburan, tetapi tidak pernah menyedari bahwa kamu juga akan mengalami nasib yang serupa sepertinya."


Setelah mendengar nasihat itu, semua orang yang berada di situ menangis teresak-esak.

Dalam kisah lain disebutkan, beliau kelihatan murung lalu menangis, padahal tidak ada sebab mengapa beliau harus berbuat demikian. Tiba-tiba ada seseorang lelaki bertanya kepadanya." Ibrahim menjawab, "aku melihat kubur yang akan aku diami kelak sangat menggerunkan, sedangkan aku belum mendapatkan cara berlindung dari bahaya tersebut. Aku melihat perjalananku menuju akhirat sangat jauh, sedangkan aku belum memiliki bekalan yang cukup untuk menghadapinya. Aku juga melihat Allah sedang menjalankan hukuman kepada semua makhluk-Nya di Padang Mahsyar, sedangkan aku belum mempunyai alasan yang kuat untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatanku selama hidup di dunia nan fana ini."


Marilah kita renungkan pesan beliau ini. Walaupun ringkas tetapi padat dengan nasihat yang mampu meruntuhkan benteng keegohan kita. Sesunguhnya peringatan ini bermanfaat kepada orang-orang yang beriman. Walahu’alam

Selasa, 1 April 2008

April fool budaya siapa?

Selasa, April 01, 2008 by Salman At-Tawawi · 3 comments
Labels:
April Fool......Tentu korang dah tahukan. Sape yang tak tau....budaya ni dah menular di seluruh dunia. Tiba jer bulan April (walaupun aku lahir bulan ni..) ramai yang berusaha mencari peluang camner nak kenakan member sendiri. Bukan setakat member jer orang tua sendiri pun terkene sekali. Masya Allah. Kenapelah orang kita ni terikut-ikut dengan budaya yang banyak membuat pemikiran muda-mudi kini semakin bercelaru. Berkiblat dan berpaksikan Barat. Meninggalkan seruan Islam.

Di bawah ni ana selitkan sebuah artikel yang berkaitan tentang sejarah AFRIL FOOL ini. Ana harap sahabat sekalian mngambil manfaat darinya. Yang belum tahu tu tinggalkan.... jangan terpesong buat kali kedua. Ana cume ingatkan yang lain tu " Lu pikiq lah sendiri".


*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

( dipetik dari Risalah al-fikrah)

Ahad, 30 Mac 2008

Sudah betulkah doa kita????

Ahad, Mac 30, 2008 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
Ibrahim Adham salah seorang ulama sufi yang hidup pada zaman tabiit tabiin telah mengariskan telah lama dulu tentang perihal 10 doa yang tidak dikabulkan. Insya Allah ana akan kongsi kata-kata beliau mudah-mudahan menjadi renungan buat kite bersama.

Seorang pemuda telah berjumpa dengan Syeikh Ibrahim Adham lalu mengadu kepadanya
  • Kau kenal akan Allah, namun pada masa yang sama kau tak menunaikan akan hak-hak-Nya.
  • Kau baca kitab suci-Nya, tapi sekadar dibibir sahaja tanpa mau mempraktikkan isinya.
  • engkau mengaku bermusuhan dengan iblis, tetapi mengikuti tuntunannya.
  • engkau mengaku cinta Rasul, tetapi meninggalkan tingkah laku dan sunah beliau.
  • engkau mengaku senang surga, tetapi tidak berbuat menuju kepadanya.
  • engkau mengaku takut neraka, tetapi tidak mengakhiri perbuatan dosa.
  • engkau mengakui kematian itu hak, tetapi tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  • engkau asyik meneliti aib-aib orang lain, tetapi melupakan aib-aib dirimu sendiri.
  • engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak bersyukur pada-Nya.
  • , engkau menguburkan orang-orang, tetapi tidak mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

Republika, 24 Januari 2008

Ahad, 17 Februari 2008

Poligami satu polemik

Ahad, Februari 17, 2008 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:

Ba,da salam. Minggu ni dua assigment kene hantar. Buat pun dekat nak deadline. Biaselah bukannya malas tapi buat-buat sibuk (yolah tu). Setiap hari, tugas yang sama.... pegi kuliah and kelas tutorial.

Hari ni ana tertarik dengan satu penjelasan seorang ustad ana, ustad Wan tentang POLIGAMI. Dalam kelas tutorial, kami sedang membincangkan tentang perkara-perkara yang mesti di jauhi oleh para pentafsir. Pertama, orang yang jahil alias tak tahu bahasa arab dan usul syarak tak le menterjemahkan al-Quran. Kedua, tidak boleh mentafsirkan ayat-ayat yang mutasyabihat sebab hanya Allah yang tahu makna di sebaliknya. Ketiga, jangan menafsirkan al-Quran menurut hawa nafsu.

Haaa... ni lah yang nak ana kongsi kat hang. Ust Wan telah memberi satu contoh ayat yang ditafsirkan mengikut hawa nafsu oleh angota Arqam iaitu dalam surah an-Nissa ayat ke-3. Firman Allah :

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Orang Arqam yang tak faham bahasa arab atau memang sengaja mengunakan nafsunya untuk kepentingan peribadi telah menafsirkan َمثني و ثلاث و رب ( dua dan tiga dan empat) itu bukan 4 orang perempuan. tapi 2+3+4=9, lelaki boleh kawin sampai 9 padahal ayat ini telah qat'i dan jelas batas lelaki berkahwin itu tidak lebih dari 4 orang. Memang dari sudut bahasa وََََ bermaksud 'dan' tapi dari konteks ayat ini dari kesepakatan ulama ia bermaksud 'atau'.

Kenape pening ke? hehehe. Menyentuh tentang isu poligami, ayat tadi menghalalkan akannya dan merupakan satu penetapan hukum. Namun ramai di kalangan masyarakat Islam iaitu orang awam mahupun golongan profesional bahkan para agamawan menolak konsep poligami. Tak takutkah kita menentang ayat Allah dengan memansuhkan atau menghapuskan ayat ini? Beriman pada sebahagian dari ayat-dan kufur dengan ayat-yang lain.

Tidakkah syahadat kita terbatal dengan penolakan tersebut? Ya, terbatal sebab kite menolak sebahagian dari hukum Allah. Memang tak dinafikan hampir 90 peratus wanita jika ditanya tentang isu Pologami ini menolak akannya. Tapi kita harus berhati-hati dalam penolakan tersebut. Maksud ana jika seseorang perempuan itu tidak suka berpoligami jangan sampai menolak apalagi menentangnya. Cukup katakan yang anda tak mampu berbahagi cinta dan sayang dengan orang lain. Tapi, anda tak menolak Poligami sebab ia sebahagian dari hukum Allah. Walahu'alam bissawab

14 Februari ' VALENTINE DAY' , Yer ker ???

Ahad, Februari 17, 2008 by Salman At-Tawawi · 2 comments
Labels:
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Afwan jiddan alias maaf sangat. Dah lama dah blog ni terbengkalai. Bukan tak nak terus mencorat-coret tapi sebab kite frush (tak baik ...kene bersyukur) internet tak berfungsi sebagai mana sepatutnya (lembablah.. maklumlah intenet free). Teringin nak mengatal tangan balik mengisi blog ni. Maklumlah ade yang minta ana teruskan jer blog ni. Sayang kalau tak dimanfaatkan.

14 februari lalu, adalah hari yang sangat bersejarah bagi pasangan couple di seluruh dunia termasuklah negara kita yang tercinta ini, Malaysia. Pasti, kalau tak ingatkanpun mereka dah tau dah. Dah buat persedian jauh hari lagi untuk menjadikan hari itu hari yang tersangat istimewa. Ironinya ramai yang jahil tentang sejarahnya sehingga terikut-ikut dengan budaya barat yang kini menjadi medan perosak agama dan bangsa di dunia, terkhusus Malaysia. Negara yang dulunya telah bertapak Islam sejak berabad-abad lamanya yang membawa kepada perubahan masyarakat. Wujudnya kedamaian, ketenteraman dan kebahagian hidup di bawa naungan Islam menjadi wadah kepada tamadun yang gemilang dan terbilang ketika itu.

'VALENTINE DAY', nama diberi, menjadi aspirasi masyarakat moden lah ni, tak tau sejarah berdiri, barat jadi ikutan diri. Alahai kasiannye masyarakat kita kini. Jauh dari sifat-sifat murni, dok ikut budaya orang tanpa mengkaji.

Menurut bukti sejarah, "VALENTINE" atau nama sebenarnya Pedro St. Valentino adalah salah seorang paderi kristian. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Andalus di Sepanyol. Dengan bangganya dia mengisytiharkan hari kejatuhan tersebut sebagai hari 'kasih sayang' atau 'VALENTINE DAY'. Dia dengan angkuh dan sombongnya mengatakan ISLAM adalah sebuah agama yang sangat ZALIM dan JAHAT!!!.

Tak ker kita merasa sedih??? 14 februari menjadi detik sejarah yang sangat menyedihkan bagi umat Islam. Jatuhnya kerajaan Islam di Andalusia. Hari yang menyaksikan lenyapnya tamadun dan peradaban Islam di Barat. Hari yang menjadi agungan dan sesembahan muda-mudi kita lah ni. Hari yang disambut dengan penuh kegembiran dan kasih sayang. Seolah-oleh kita tak merasakan permusuhan Kristian terhadap Islam sejak berkurun-kurun lamanya. Sejarah mencatatkan perang Salib adalah saksi nyata kebengisan mereka menghancur lumatkan masyarakat Islam ketika itu. Sampailah hari ini....
Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT