Rabu, 21 Oktober 2009

DOA EXAM

Rabu, Oktober 21, 2009 by Salman At-Tawawi · 3 comments

Exam fever acap kali melanda pelajar-pelajar di akhir semester tiap-tiap tahun. Baik itu SPM, STPM mahupun mahasiswa-mahasiswa universiti. Ada yang telah lama sedar akan kehadirannya, namun lagi ramai yang masih dibuai mimpi keseronokan dengan hal masing-masing. Siapa yang bersungguhnya pasti akan mendapatkan buah keberhasilan hasil dari usahanya sendiri. Bukan mengharapkan pohon-pohon kecemerlangan menjatuhkan buah-buah keberhasilan seandaiannya tiada tangan-tangan usaha megerakkan tubuhnya.

Di bawah ini penulis selitkan doa yang baik untuk kita baca ketika menghadapi ujian atau sedang menghadapi peperiksaan.


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Di bawah ini penulis suguhkan videoklip akan doa di atas. Mohon dapat dijadikan panduan dan memudahkan kita untuk menghafalnya.

.

video

Semoga doa ini bermanfaat buat kita. Dan jangan lupa juga amalkan doa-doa lain. Namun yang terpenting USAHA MAKSIMA dari diri sendiri berserta doa barulah bertawakkal padaNya….

Isnin, 14 September 2009

Saudaraku lapangkanlah...

Isnin, September 14, 2009 by Salman At-Tawawi · 2 comments
Labels:

Dunia semakin tua, ibarat menunggu kapan akan hancur. Fitnahnya berlaku di mana-mana. Ketika bi’dah disunnahkan dan amalan sunnah menjadi bidah. Akhir zaman kini, berlaku banyaknya fikrah-fikrah, jama’ah-jama’ah dan parti-parti. Hanya satu yang selamat di sisi Allah iaitu fikrah an-najihah.

Siapakah fikrah an-najihah itu? Adakah tabligh, pas, hisbut tahrir, salafi, wahabi, asy ‘ari, umno, abim, ikhwatul muslimin dan lain-lain lagi? Hanya Allah yang maha mengetahui. Yang pastinya, mereka yang berpegang kepada al-Qur’an dan sunnah itulah fikrah an-najihah yang selamat dan benar itu.

Malangnya kebanyakan kelompok atau jama’ah kini banyak yang mendakwah termasuk fikrah an-najihah. Tapi, jauh dari pegangan al-Quran dan Sunnah. Malah berbaur khurafat dan bid’ah. Para pendahulu kita para sahabat, tabiin dan tabi’it tabi’in adalah sebaik baik umat selepas kewafatan rasulullah saw. Mentakfirkan atau mengkafirkan jauh sekali. Selagi “ kalimah laa ilaha illa Llah” telah diikrarkan, dia tetap muslim sampai bila-bila.

Bahana taksub, antara faktor timbulnya perpecahan dan kebencian antara umat Islam dari dulu sampai sekarang. Mereka menganggap jamaah atau kelompoknya yang paling benar. Akhirnya, mereka mengagungkan jamaah sendiri. Mengutuk dan mengkafirkan jamaah lain. Bukankah sepatutnya kita saling mengislah dan bertolak ansur dalam hal-hal yang diikhtilafkan atau diperselisihkan dan berkerjasama dengan perkara-perkara yang disepakati. Permusuhan sesama saudara semuslim semakin menjadi jadi.

Alangkah indahnya jika kita seperti iman as-Syafi’e dan Iman Malik (semoga Allah merahmati mereka berdua). Di antara murid dengan guru. Iman syafi’e dalam fatwanya menyunnahkan Qunut sedangkan gurunya Imam Malik tidak. Ketika Imam as-Syafie Qunut imam Malik akan turut qunut. Begitu juga sebaliknya, apabila Imam Malik menjadi iman di kala subuh beliau tidak berqunut maka imam as-Syafie sebagai makmum tidak Qunut.

Ini antara salah satu contoh yang perlu kita ikuti. Iaitu perlunya ada keterbukaan, kelapangan dan tidak memudah menolak pendapat orang lain. Selagi ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Namun perlu diingat setiap amalan yang kita lakukan hindari dari taqlid buta atau ikut-ikutan tanpa ada nas baik al-quran dan hadis, ijma ulama dan qiyas.

Sedih rasa hati penulis melihat banyaknya blog-blog Islam kita yang katanya berpegang kepada Al-quran dan sunnah saling mengkafirkan, Saling mengutuk antara satu sama lain, saling benci membenci dan 1001 akhlak negatif yang ditonjolkan. Padahal ulama imam al-mazaahib atau imam mazhab menghormati pendapat orang lain selagi ia tidak bertentangan dan berpandukan pada hujah dan dalil-dalil benar.

Perlukah kita mempermasalahkan qunut atau tidak qunut? Atau membaca yasin pada malam jumaat atau tidak? Atau tahlil atau tidak. Padahal masing masing punya hujah dan dalil-dalil. Sedarkah kita masalah umat lagi besar berbanding masa’alah furu’(cabang) ini. Masyarakat semakin keliru untuk memilih manakah Islam yang benar. Akhirnya lari dan takut mendekati masjid. Takut mengikuti pengajian dan taklim. Takut menghadiri ceramah dan tazkirah.

Penulis hendak mengajak para pembaca agar bersifat terbuka dan berlapang dada. Sematkan pada diri sikap husnuzhan atau bersangka baik kepada orang lain. Serta ikhlaslah dalam mengemban dakwah ini. Jika timbul su’uzan atau perasangka buruk kepada saudara kita semuslim walaupun berlainan aliran dan jama’ah beristigfarlahlah dan bertolak ansurlah dalam perkara yang diselisihkan itu. Ketahui sifat su’uzan ini adalah sifat mengikut hawa nafsu dan telunjuk syaitan semata.

Kalau nak mengkafirkan, membenci, muak, dendam,marah tujukanlah pada Yahudi laknatullah dan sekutunya Amerika yang terang-terangan memusuhi umat Islam di seluruh dunia. Membunuh saudara-saudara seislam kita. Baik itu di Palestin, Iraq, checnya,Khasymir, Patani, Filipina, poso, ambon dan banyak lagi. Sudah-sudahlah membenci sesama kita. Penulis khuatir Allah akan menhalang kita memasuki syurganya dan ridha atas amalan dakwah yang kita buat akibat perkara ini. Wallahu ‘alam Bisshawab



Isnin, 7 September 2009

Hipokrit atau Munafik

Isnin, September 07, 2009 by Salman At-Tawawi · 3 comments
Labels:

Awak ni hipokritlah? Kenyataan ini pernah ditujukan kepada penulis. Apakah hipokrit itu sama dengan istilah arab “munafik”. Munafik adalah satu perbuatan yang zahirnya berada dalam kepura-puraan. Contohnya dalam hal peribadatan. Beribadah semata-mata kerana ingin dilihat orang bukan kerana Allah Semata. Ataupun hal yang berkaitan dengan perbuatan sehari-harian kita.

Menyingkap di balik tabir kamus oxford fajar hypocrite diterjemahkan sebagai “kepura-puraan”. Jadi, hypocrite=munafik=kepuraan. Cuma perbezaan hanya terletak pada penggunaan istilah dan bahasa ataupun pada pandangan saya hypocrite lebih umum maksudnya dari istilah munafik.

Pernahkah kita bersikap hipokrit atau hidup dalam kepura-puraan. Rasanya kita sebagai manusia biasa tidak lepas dalam hal ini. Maklumlah “al-imanu yazid wa yanqus”. Yakni iman manusia ni kekadang meninggi mengapai langit dan kekadang jatuh tersungkur menyembah bumi. Contoh, ketika kita keluar misalnya, segak dan bergaya sambil mengenakan pakaian ala datuk. Apalagi di temani dengan kereta BMW hitam metalik. Berjalan ibarat kaki tak jejak ke bumi, pandangan mendongak ke langit. Dada membusung berlari mengejar jalan raya. (fui, bahasa kasarnya sombong ).Padahal, sebenar kita seorang yang papa kedana tapi, berselindung di balik topeng kepura-puraan. Semua barang pinjam rupanya. Atau kita ni seorang yang gah dalam bercakap, berkomunikasi, berapi-api bagai nak rak. Sibuk memotivasi , memberi semangat dan menasihati orang. Sedang diri sendiri tak termotivasi, tak ternasihat, longlai dengan lautan kesedihan, lemah dengan cabaran, ujian dan dugaan yang menerpa diri.

Nasihat ni buat diri secara pribadi dan buat pedoman buat sesama manusia. Yang pernah mengalami ayuh kita perbaiki diri. Yang belum, jadikan sebagai peringatan. Kita “man nasia” (bahasa arab) bermaksud “ orang yang lupa”. Siapapun tak lepas melakukan kesilapan hatta nabi sekalipun. Tapi, bezanya kita dengan nabi, mereka diberi peringatan langsung oleh Allah sedang kita tidak. Jadi, fikirlah sendiri. Nak jadi Hipokrit, munafik atau orang yang ikhlas kerana Allah.

Wallahu’alam bis shawab.



Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT