Awak ni hipokritlah? Kenyataan ini pernah ditujukan kepada penulis. Apakah hipokrit itu sama dengan istilah arab “munafik”. Munafik adalah satu perbuatan yang zahirnya berada dalam kepura-puraan. Contohnya dalam hal peribadatan. Beribadah semata-mata kerana ingin dilihat orang bukan kerana Allah Semata. Ataupun hal yang berkaitan dengan perbuatan sehari-harian kita.
Menyingkap di balik tabir kamus oxford fajar hypocrite diterjemahkan sebagai “kepura-puraan”. Jadi, hypocrite=munafik=kepuraan. Cuma perbezaan hanya terletak pada penggunaan istilah dan bahasa ataupun pada pandangan saya hypocrite lebih umum maksudnya dari istilah munafik.

Pernahkah kita bersikap hipokrit atau hidup dalam kepura-puraan. Rasanya kita sebagai manusia biasa tidak lepas dalam hal ini. Maklumlah “al-imanu yazid wa yanqus”. Yakni iman manusia ni kekadang meninggi mengapai langit dan kekadang jatuh tersungkur menyembah bumi. Contoh, ketika kita keluar misalnya, segak dan bergaya sambil mengenakan pakaian ala datuk. Apalagi di temani dengan kereta BMW hitam metalik. Berjalan ibarat kaki tak jejak ke bumi, pandangan mendongak ke langit. Dada membusung berlari mengejar jalan raya. (fui, bahasa kasarnya sombong ).Padahal, sebenar kita seorang yang papa kedana tapi, berselindung di balik topeng kepura-puraan. Semua barang pinjam rupanya. Atau kita ni seorang yang gah dalam bercakap, berkomunikasi, berapi-api bagai nak rak. Sibuk memotivasi , memberi semangat dan menasihati orang. Sedang diri sendiri tak termotivasi, tak ternasihat, longlai dengan lautan kesedihan, lemah dengan cabaran, ujian dan dugaan yang menerpa diri.
Nasihat ni buat diri secara pribadi dan buat pedoman buat sesama manusia. Yang pernah mengalami ayuh kita perbaiki diri. Yang belum, jadikan sebagai peringatan. Kita “man nasia” (bahasa arab) bermaksud “ orang yang lupa”. Siapapun tak lepas melakukan kesilapan hatta nabi sekalipun. Tapi, bezanya kita dengan nabi, mereka diberi peringatan langsung oleh Allah sedang kita tidak. Jadi, fikirlah sendiri. Nak jadi Hipokrit, munafik atau orang yang ikhlas kerana Allah.
Wallahu’alam bis shawab.
2 comments:
9 September 2009 pada 6:16 PTG
Artikel yang menarik dan Blog yang bagus...
Terimakasih,salam kenal dan mampir ke Blog saya..
13 September 2009 pada 4:10 PTG
betul3....hehe...sila lah jugak mampir ke blog coret2 saya..
Catat Ulasan