![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFUrmLtQEPo4-UYmNrP1OYs_7I0wtFq-QwBWDArF7vJNKlWtZa5uYiNzWKLBuRMwy92J74RHIvHMyXRERVChPxJwXa1BaghDPTM84n2WLe-PeSIGmGfGTGTk6nMoScHTKTFviUOxSNpWeC/s320/ramadan1.jpg)
Bulan Syaaban telah berlaku. Kini ramadhan menjelma pula. Bulan yang Allah turunkan al-Quran. Mukjizat agung Rasulullah s.a.w. Bulan yang sangat dirindui sahabat-sahabat baginda. Para ulama dan para muslimin di muka bumi ini. Pahala amalan di dalamnya berlipat-lipat kali ganda. Bulan yang Allah beri keistimewaan kepada umat manusia untuk memperbanyak amal ibadah. Bertafakur dan bertadabbur.
Firman Allah yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Surah al-Baqarah:183)
Namun, bulan ini terasa tidak berseri lagi. Dunia modern yang katanya bertamadun dari segi kemajuannya kini dicemari dengan budaya-budaya songsang yang merosak tatanan agama. Budaya lepak, mat rempit, punk, hedonisme, vandelisme, penkit dan berjuta permasalahan umat manusia takkan terselesaikan melainkan tertegaknya hukum Allah di muka bumi. Mencuri kena potong tangan, berzina kena sebat atau rejam. Adakah hukum Allah ini kejam? Bukankah hukum manusia lagi kejam.
Berbalik kepada bulan ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Bulan penuh kerahmatan dan bulan penuh keampunan ini. Persoalannya, kenapa kita tidak menggunakan bulan ini sebaik-baik mungkin. Bulan inilah para salafus soleh berlumba-lumba untuk menambah amal ibadah sebanyak-banyak mungkin. Terawih tak terkira banyaknya. Al-Quran dikhatam berkali-kali. Air mata keinsafaan tak henti-henti mengalir di malam hening dan sepi. Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya :
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
Masya Allah, Subhanallah, Pintu syurga dibuka kala ini, manakalah pintu neraka ditutup. Syaitan pula terbelenggu. Namun, kita masih tak ambil kesah. Endah tak endah. Puasa hanya difahami sebatas menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sampai terbit fajar. Tapi, kelakuan tetap tak berubah. Yang suka mengumpat masih terus dengan umpatannya. Yang kaki tipu uterus menipu untuk kesenangan diri sendiri. Yang tak shalat lima waktu hanya bertandang ke masjid untuk berbuka puasa. Terawih hanya dijadikan budaya ramadhan pada 10 malam pertama sahaja. Masjid penuh sampai tak cukup ruang untuk menampung jamaah. 10 malam berikutnya dan seterusnya jamaah semakin berkurang. Masjid dah hilang seri. Yang bertahan hanyalah kaki-kaki masjid.
Adakah puasa ramadhan ini hanya satu budaya atau ibadah? Jawabannya Tanya diri kita masing-masing. Mari kita hidupkan bulan ramadhan ini. Hiasi dan basahi lisan kita dengan banyak membaca al-Quran. Malam-malamnya pula hiasilah dengan solat sunat terawih secara berjamaah atau boleh disambung pada waktu malam yang hening. Bertahajud dan bermunajad kepada Allahu Rabbi. Muhasabah diri. Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu dengan sia-sia. Selagi nafas masih di dada selagi itulah kita mempergunakan masa yang ada di bulan ini. Yakinkah kita tahun depan Ramadhan ada lagi untuk kita? Wallahu’alam. Hanya Allah yang maha mengetahui.
0 comments:
Catat Ulasan