Isnin, 31 Ogos 2009

Merdekakah kita?

Isnin, Ogos 31, 2009 by Salman At-Tawawi ·
Labels:


Tetap pukul 12 malam sudah menjadi kebiasaan merdeka disambut secara besar-besaran di setiap ibu negeri seluruh Malaysia. Biasanya sebelum waktu itu masyarakat kita dihiburkan dengan hiburan-hiburan perosak minda. Hampir semua menantikan detik countdown itu. Kilauan bunga api di udara memeriahkan lagi suasana. Semua mata terarah ke langit. Alangkah indahnya. Laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bergema di setiap ruang udara Malaysia. Tak kira muda, tua, hitam, putih, gemuk, kurus, Melayu, Cina atau India sama-sama bersorak kegembiraan menyambung hari kemerdekaan.

Merdekakah kita dalam erti kata sebenar? Sudah 52 tahun Malaysia merdeka. Detik keramat 31 Ogos 1957 menjadi nostalgia istimewa pada masyarat Malaysia. Banyak perubahan yang dicapai. Dari senarai negara kelas ke-3 berubah menjadi Negara Membangun. Pembangunannya setanding dengan Negara-negara maju yang lain. Namanya terkenal dan gah di seluruh dunia. Mercu tanda seperti Menara KL, Petronas Twin Towers dan banyak lagi mengambarkan Malaysia Negara yang kian mencapai status Negara maju setanding dengan Negara-negara barat.

Belum lagi dengan ekonomi Negara yang memberangsangkan. Sistem pendidikannya yang bertaraf dunia. Kita merasa bangga dengan semua kemajuan yang dicapai selama ini. Apakah semua kemajuan dan pembangunan ini mencermnkan kita telah MERDEKA? Sudah puaskah kita dengan apa yang telah kita capai selama ini? Apakah dengan semua kita merasa Negara telah aman dan harmoni?

Pada hakikatnya. Perkataan merdeka sesuaikah kita laungkan? Namun, pasti tidak akan sama seperti merdekanya umat Islam pada 1500 tahun yang lalu. Ketika peristiwa FATHUL MAKKAH, umat Islam barulah dinamakan MERDEKA pada erti kata yang sesungguhnya. Kota Mekah ketika itu kembali ke tangan umat Islam. Perang menentang kekafiran dam kezhaliman. Tegaknya hukum Allah berlandaskan akidah yang shahih dan keimanan yang kuat. Cahaya Islam terpancar dengan ridha Allah. Kemaksiatan ditundukan oleh syariat Islam.

Merdeka hari ini, seperti tiada seri lagi. Kita umat Islam masih pincang. Masih terus berpecah-belah dan berbalah malahan terbuang di Negara sendiri. Ingatkah kita sistem khilafah Islamiyah yang runtuh pada tahun 1924. Bergembiralah para yahudi laknatullah atas tragedy itu. Akhirnya pada tahun 1948 bermulanya penguasaan yahudi di tanah umat Islam Palestin. Sedikit demi sedikit tanah saudara semuslim kita ini dirampas secara paksa.

Mana Umar-umar hari ini? Mana Salahudin-salahudin yang sanggup bergadai nyawa untuk membebaskan bumi palestin? Kenapa Negara-negara arab masih terus membisu? Mana pembelahan mereka? Namun, satu kegembiraan buat bangsa Islam palestin. Palestin telah menjadi bumi jihad. Telah berjuta-juta mujahid mujahidah yang dilahirkan dan berkorban demi agama tercinta. Menjadi perindu-perindu syahid. Subhanallah.

Malaysiaku kini, MERDEKA dengan rosaknya masyarakatnya. Gejala sosial yang setiap tahun terus meningkat meresahkan kita. kes jenayah yang cukup menakutkan. Rompak, samun, culik dan yang sewaktu dengannya. Belum lagi dengan raja rempit, minah bohsianya cukup mengambarkankan kita telah MERDEKA. MERDEKA menantikan azab Allah. Selagi hukum Allah tidak ditegakkan selagi itulah kita akan berada dalam ambang KEMERDEKAAN menuju kemurkaan Allah. Apapun sama-samalah kita mengambil iktibar daripadanya. Wallahu ‘alam.



2 comments:

Ummu Muslim berkata...
31 Ogos 2009 1:10 PTG

salam...
Malaysia sememangnya sudah merdeka...usah dipertikaikan lagi...
rakyat mmg sudah merdeka, mereka bebas sebebas-bebasnya untuk berbuat maksiat secara terang-terangan, bebas untuk tidak menutup aurat, bebas meminum arak, bebas mengutuk @ menentang ulama, dan paling jelas dan selengkapnya malaysia bebas untuk mempertikaikan atau menolak al-qur'an dan sunnah...
wallahua'lam...

.... berkata...
31 Ogos 2009 2:49 PTG

salam ramadhan..
merdeka hnya pada frasa..
kerna manusia masih ditindas oleh teknologi hngga mengetepikan Al-Quran dan sunnah..
kerna manusia masih duduk dibawah tempurung,punya mata tapi tidak mampu melihat,buta kerna keduniaan.. punya telinga tapi tidak mahu mendengar.. adakah mereka punya hati?

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT