Khamis, 23 April 2009

ANTARA CINTA DAN CITA-CITA

Khamis, April 23, 2009 by Salman At-Tawawi ·
Labels:


Alahai minggu exam ni memang meletihkan. Tidur jadi tak lena. Asyik fikir jer nak baca buku. Tidurpun jadi tak teratur. Jangan amalkan tak baik untuk kesihatan. Nanti jadi macam saya ni. Demam dan migraine. Kene ulser plak tu. Ni pun baru balik dari pusat kesihatan amik ubat.

Berbalik kepada tajuk di atas. Sebagai seorang pelajar umumnya atau mahasiswa. Cita-cita perlu dikedepankan. Bukan mendahulukan cinta dari cita. Melalui pengamatan saya dengan mata kasar. Ramai pelajar atau mahasiswa terleka dengan tujuan asal ke Universiti. Maklumlah semua dah masuk usia remaja. Berlumba-lumba mencari pasangan. Majoriti wanita contohnya, merasa risau jika belum memiliki teman lelaki. Mungkinkah disebabkan pelajar lelaki yang kian pupus di Universiti.?

Sebenarnya bilangan lelaki masih ramai. Namun, bengap sikit. Apa tidaknya, mereka memenuhi pusat-pusat serenti menjadi kaki lepak, mat rempit, penagih dadah dan yang sama waktu dengannya. Akibatnya wanita zaman ni lebih rela memilih mat bangla atau mat indon untuk dijadikan pasangan. Ini dibuktikan dengan ramainya golongan yang berkawin dengan mat-mat ini. Namun, risiko memang cukup tinggi. Akibatnya , ada yang terpaksa merelakan anak di bawa lari ke Pakistan. Ada pula yang tak direstui oleh orang tua lari membawa diri ke Indonesia. Ada pula yang terperangkap dengan sindiket penagihan dadah dan pelacuran. Majoritinya wanita dan khususnya golongan mahasiswa.

Cinta memang indah. Di sebalik keindahan itu ada penderitaan. Awal-awal bercinta macam terasa di syurga. Semua indah belaka. Namun, apa bila frust menonggeng rasa macam nak mati jer. Kalau boleh gantung diri, terjun dari bangunan. Terutama golongan wanita yang selalu dipermainkan oleh jantan dayus. Hanya mengharap mendapat apa yang diinginkannya. Apa bila mampu meregut maruah wanita mereka merasa puas. Kembali mencari mangsa seterusnya. Mempertuhankan nafsu dalam diri.
Sebagai pemangkin pemuda dan pemudi pada masa hadapan. Kita sepatutnya berusaha mengapai cita-cita yang diimpikan selama ni. Mak ayah kat umah mengharap sangat anaknya cemerlang dan mendapat kerja yang baik. Jangan sia-siakan harapan mereka. Terutama kepada sehabat-sahabatku yang bernama wanita. Yang berada jauh dari pengawasan mereka. Jagalah dirimu wahai saudariku. Peliharalah maruahmu. Capailah cita-citamu. Lupakanlah sebentar tentang cinta itu.

Carilah cinta yang hakiki, cinta manusia akan akan mati. Tapi, cinta Allah cinta yang hakiki. Membawa ketenangan. Membawa ketenteraman dalam diri dan hati kita. Sematkan Allah di hati. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyyah yang sanggup menolak pinangan Hasan Basri seorang ulama terkenal semata-mata mengharap cinta Ilahi. Tapi kita manusia. Perkahwinan adalah sunnah. Namun dari sisi besar cintanya pada Allah patut kita contohi. Wallahu’ alam bissawab.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...
30 Julai 2009 11:20 PTG

hmm..di persimpangan..
tau cinta Allah cinta hakiki,, tp tak berusaha ntok kejar cinta Ilahi..camne??

Salman At-Tawawi berkata...
14 Ogos 2009 2:50 PTG

Tu lah manusia.... penuh ujian dan dugaan. Bukan mudah menmgapai cinta Ilahi kecuali orang-orang yang ikhlas. Sama-samalah kita saling mengingatkan

Tanpa Nama berkata...
12 Julai 2010 10:46 PG

http://www.youtube.com/watch?v=mWlWMXPl2-0

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT