Ahad, 17 Februari 2008

14 Februari ' VALENTINE DAY' , Yer ker ???

Ahad, Februari 17, 2008 by Salman At-Tawawi ·
Labels:
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Afwan jiddan alias maaf sangat. Dah lama dah blog ni terbengkalai. Bukan tak nak terus mencorat-coret tapi sebab kite frush (tak baik ...kene bersyukur) internet tak berfungsi sebagai mana sepatutnya (lembablah.. maklumlah intenet free). Teringin nak mengatal tangan balik mengisi blog ni. Maklumlah ade yang minta ana teruskan jer blog ni. Sayang kalau tak dimanfaatkan.

14 februari lalu, adalah hari yang sangat bersejarah bagi pasangan couple di seluruh dunia termasuklah negara kita yang tercinta ini, Malaysia. Pasti, kalau tak ingatkanpun mereka dah tau dah. Dah buat persedian jauh hari lagi untuk menjadikan hari itu hari yang tersangat istimewa. Ironinya ramai yang jahil tentang sejarahnya sehingga terikut-ikut dengan budaya barat yang kini menjadi medan perosak agama dan bangsa di dunia, terkhusus Malaysia. Negara yang dulunya telah bertapak Islam sejak berabad-abad lamanya yang membawa kepada perubahan masyarakat. Wujudnya kedamaian, ketenteraman dan kebahagian hidup di bawa naungan Islam menjadi wadah kepada tamadun yang gemilang dan terbilang ketika itu.

'VALENTINE DAY', nama diberi, menjadi aspirasi masyarakat moden lah ni, tak tau sejarah berdiri, barat jadi ikutan diri. Alahai kasiannye masyarakat kita kini. Jauh dari sifat-sifat murni, dok ikut budaya orang tanpa mengkaji.

Menurut bukti sejarah, "VALENTINE" atau nama sebenarnya Pedro St. Valentino adalah salah seorang paderi kristian. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Andalus di Sepanyol. Dengan bangganya dia mengisytiharkan hari kejatuhan tersebut sebagai hari 'kasih sayang' atau 'VALENTINE DAY'. Dia dengan angkuh dan sombongnya mengatakan ISLAM adalah sebuah agama yang sangat ZALIM dan JAHAT!!!.

Tak ker kita merasa sedih??? 14 februari menjadi detik sejarah yang sangat menyedihkan bagi umat Islam. Jatuhnya kerajaan Islam di Andalusia. Hari yang menyaksikan lenyapnya tamadun dan peradaban Islam di Barat. Hari yang menjadi agungan dan sesembahan muda-mudi kita lah ni. Hari yang disambut dengan penuh kegembiran dan kasih sayang. Seolah-oleh kita tak merasakan permusuhan Kristian terhadap Islam sejak berkurun-kurun lamanya. Sejarah mencatatkan perang Salib adalah saksi nyata kebengisan mereka menghancur lumatkan masyarakat Islam ketika itu. Sampailah hari ini....

2 comments:

Tanpa Nama berkata...
21 April 2008 12:55 PG

Tak semua umat kristian yg kejam... Jgn disebabkan masa lalu,semua manusia menutup masa depan... Adalah tidak baik untuk terus menerus menyemarakkan api dendam,walhal...mengapa tidak diambil sebagai pedoman dan pengajaran untuk generasi masa kini... sekiranya kita asyik memikirkan hal lalu..dan tidak mengambil langkah untuk mengubah kepada kebaikan sesama... sampai bila2 pun wujud sikap prasanka... coretan ana sangat prejudis dan menjadi batu api kepada pembaca...ingatlah..bkn semua pembaca artikel ini adalah umat islam...sebaiknya ana harus banyakkan ibadah doa untuk persefahaman sesama manusia bukannya mengupas masa silam... adakah ana mahu kembalikan zaman silam itu? cuba ana fikir... ana sepatut nya menulis artikel yg membawa kepada persefahaman bknnya kebencian... sifat benci itu adalah satu kesalahan...ingatlah,kita manusia biasa...

Pejuang Keamanan berkata...
30 April 2010 1:27 PTG

Tidak dinafikan semua manusia bukan kejam. Atas kejadian beberapa peristiwa, membuat sesebuah kaum itu terkena percikan kejadian sesuatu peristiwa. Sesuatu umat akan sentiasa memandang ke depan dan ada juga yang leka dengan hidup yang salah. Ini membangkitkan isu untuk kita mencari kekurangan tentang kehidupan, untuk memperbaiki supaya menjadi lebih baik. Kisah silam terdahulu dijadi pedoman dan iktibar, agar tidak berlaku lagi kisah tersebut. Contohnya banjir terbesar dahulu yang berkaitan dengan Nabi Nuh, disebabkan oleh segelintir kaumnya yang ingkar akan perintah tuhan dan pesuruhnya maka buminya ditenggelami air. Yang betul-betul patuh dengan ajaran sahaja selamat. Ini semua kisah benar yang terjadi pada datuk nenek kita dahulu. Mahukah perkara seperti ini berulang. Jadi kisah silam itu sendiri merupakan amaran kepada kita, agar menjadi lebih berhati-hati dan memperbaiki segala kesilapan lalu.

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT