Selasa, 1 September 2009

Musibah di bulan Ramadhan

Selasa, September 01, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:

Sedihnya hari ini. Kehilangan barang berharga sesuatu yang menyiksakan. Hatiku turut berduka. Seorang sahabatku yang wajahnya selalu menampakkan keceriaan akhir-akhir ini mendapat musibah. Walhal semenjak pertunangannya yang dirahsiakan sejak cuti semester beliau sentiasa tersenyum. Kegundahannya untuk segera menikah akhirnya dikabulkan Allah. Sedang aku masih bersabar mencari-cari sekuntum bunga mekar di taman yang masih belum dipetik orang.

Sejurus berakhirnya kuliah Teknologi Matlumat Dakwah, aku bergegas menuju kawasan parking motorsikal. Halmet kumasukan kemas ke kepala. Baru kucuba menghidupkan injin motorsikal terdengar sayup-sayup suara dalam kepanikan. Suara yang tak asing selalu kudengar. Oooh rupanya saudara akil atau panggilan manjanya pak syeikh memanggil ke arahku. Matanya seperti mencari-cari sesuatu. Aku pun kehairanan seketika. Dengan muka yang kebingungan dia mengatakan motorsikalnya hilang. Aku hanya mampu tergamam. Motor LC yang baru berusia tiga bulan itu lenyap ibarat ditelan bumi.

Asar telah pun sepuluh minit berlalu, namun sebagai seorang sahabat aku perlu membantunya. Kami bergegas menuju ke Bahagian Keselamatan UKM untuk melaporkan kes curi ini. Seterusnya, kami bergegas pula melaporkan kepada pihak polis di Pejabat Polis Bandar Baru Bangi. Statement telah pun selesai dibuat tapi kami belum lagi menunaikan solat asar. Kami bergegas balik menuju masjid UKM melaksanaan kewajipan yang utama. Hanya sabar yang mampu menenangkan hatinya ketika itu. Segala musibah yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Geram juga rasanya dalam hati kecil ini. Bulan ramadhan yang suci ini dicemari dengan perbuatan dosa. Bukankan syaitan tidak mampu menghasut manusia untuk melalukan keburukan di bulan ramadhan ini? Bukankan mereka di belenggu saat ini? Persoalan ini memang betul adanya. Namun syaitan telah lama dulu memahat kepada pelaku-pelaku dosa dan maksiat ini keburukan dan dosa. Akhirnya telah menjadi kebiasaan dalam diri mereka. Tanpa ada hasutan syaitan pun jiwa mereka telahpun tercemari oleh virus-virus kesyaitanan. Yang tinggal kita adalah dari jenis syaitan dari kalangan manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-nas ayat 6.

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Kurindukan tegaknya hukum Islam. Pasti bumi Allah ini akan bersinar dengan rahmatnya. Pasti tiada lagi sang pelaku maksiat bermaharajalela. Pasti tiada lagi pelaku jenayah menampakkan taringnya. Pasti tiada lagi kedukaan yang bersarang di dalam jiwa. Wallahu’alam bisshawab

Isnin, 31 Ogos 2009

Merdekakah kita?

Isnin, Ogos 31, 2009 by Salman At-Tawawi · 2 comments
Labels:


Tetap pukul 12 malam sudah menjadi kebiasaan merdeka disambut secara besar-besaran di setiap ibu negeri seluruh Malaysia. Biasanya sebelum waktu itu masyarakat kita dihiburkan dengan hiburan-hiburan perosak minda. Hampir semua menantikan detik countdown itu. Kilauan bunga api di udara memeriahkan lagi suasana. Semua mata terarah ke langit. Alangkah indahnya. Laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bergema di setiap ruang udara Malaysia. Tak kira muda, tua, hitam, putih, gemuk, kurus, Melayu, Cina atau India sama-sama bersorak kegembiraan menyambung hari kemerdekaan.

Merdekakah kita dalam erti kata sebenar? Sudah 52 tahun Malaysia merdeka. Detik keramat 31 Ogos 1957 menjadi nostalgia istimewa pada masyarat Malaysia. Banyak perubahan yang dicapai. Dari senarai negara kelas ke-3 berubah menjadi Negara Membangun. Pembangunannya setanding dengan Negara-negara maju yang lain. Namanya terkenal dan gah di seluruh dunia. Mercu tanda seperti Menara KL, Petronas Twin Towers dan banyak lagi mengambarkan Malaysia Negara yang kian mencapai status Negara maju setanding dengan Negara-negara barat.

Belum lagi dengan ekonomi Negara yang memberangsangkan. Sistem pendidikannya yang bertaraf dunia. Kita merasa bangga dengan semua kemajuan yang dicapai selama ini. Apakah semua kemajuan dan pembangunan ini mencermnkan kita telah MERDEKA? Sudah puaskah kita dengan apa yang telah kita capai selama ini? Apakah dengan semua kita merasa Negara telah aman dan harmoni?

Pada hakikatnya. Perkataan merdeka sesuaikah kita laungkan? Namun, pasti tidak akan sama seperti merdekanya umat Islam pada 1500 tahun yang lalu. Ketika peristiwa FATHUL MAKKAH, umat Islam barulah dinamakan MERDEKA pada erti kata yang sesungguhnya. Kota Mekah ketika itu kembali ke tangan umat Islam. Perang menentang kekafiran dam kezhaliman. Tegaknya hukum Allah berlandaskan akidah yang shahih dan keimanan yang kuat. Cahaya Islam terpancar dengan ridha Allah. Kemaksiatan ditundukan oleh syariat Islam.

Merdeka hari ini, seperti tiada seri lagi. Kita umat Islam masih pincang. Masih terus berpecah-belah dan berbalah malahan terbuang di Negara sendiri. Ingatkah kita sistem khilafah Islamiyah yang runtuh pada tahun 1924. Bergembiralah para yahudi laknatullah atas tragedy itu. Akhirnya pada tahun 1948 bermulanya penguasaan yahudi di tanah umat Islam Palestin. Sedikit demi sedikit tanah saudara semuslim kita ini dirampas secara paksa.

Mana Umar-umar hari ini? Mana Salahudin-salahudin yang sanggup bergadai nyawa untuk membebaskan bumi palestin? Kenapa Negara-negara arab masih terus membisu? Mana pembelahan mereka? Namun, satu kegembiraan buat bangsa Islam palestin. Palestin telah menjadi bumi jihad. Telah berjuta-juta mujahid mujahidah yang dilahirkan dan berkorban demi agama tercinta. Menjadi perindu-perindu syahid. Subhanallah.

Malaysiaku kini, MERDEKA dengan rosaknya masyarakatnya. Gejala sosial yang setiap tahun terus meningkat meresahkan kita. kes jenayah yang cukup menakutkan. Rompak, samun, culik dan yang sewaktu dengannya. Belum lagi dengan raja rempit, minah bohsianya cukup mengambarkankan kita telah MERDEKA. MERDEKA menantikan azab Allah. Selagi hukum Allah tidak ditegakkan selagi itulah kita akan berada dalam ambang KEMERDEKAAN menuju kemurkaan Allah. Apapun sama-samalah kita mengambil iktibar daripadanya. Wallahu ‘alam.



Sabtu, 29 Ogos 2009

Muliakan Ramadhan

Sabtu, Ogos 29, 2009 by Salman At-Tawawi · 1 comments
Labels:

Dah 10 hari berlalu. Ramadhan berlari memburu Syawal. Hari cuti di ambang merdeka ini memang syok apabila masa rehat dihabiskan di tempat tidur. Banyak alasan diberikan. Antaranya penat seminggu disebabkan kerja-kerja pejabat. Bagi pelajar atau mahasiswa pula, letih dengan tugasan dan assignment yang bertimbun-timbun. Manusia suka membuat alasan. Begitu susahkan untuk kita beramal kebaikan. Patutlah ramadhan seperti bulan-bulan yang lain. Tiada yang istimewa melainkan orang-orang merindukan kedatangan bulan ini.

Al-Quran menjadi teman setia di kala ini. Masih teringat ramadhan-ramadhan terdahulu aku selalu berlumba dengan mak mengkhatamkan al-Quran sepanjang bulan itu. Bukan bermaksud riak tapi untuk memotivasi diri. Bulan ramadhan bulan amalan ibadah digandakan. Dulu para sahabat rasulullah saw merindukan hadirannya bulan ini. Namun masyarakat kita lah ni merindukan tibanya syawal menjelang. Malah ramai yang sejak awal-awal lagi sudah pun menempah baju raya untuk di pakai di pagi raya.

Masya Allah. Jauhnya perbezaan kita dengan para sahabat. Ibarat langit dan bumi. Sahabat menangis teresak-esak ketika berakhirnya bulan Ramadhan sedangkan kita bersorak kegirangan menantikan tibanya Syawal menjelma tiba. Solat terawih di zaman nabi saw hanya lapan rakaat sedangkan di zaman Syaidina umar ra ditambah kepada 20 rakaat. Perbezaannya hanya pada bilangan tapi masa perlaksanaannya selepas solat isyak sampai menjelang sahur.

Subhanallah, teguhnya iman para sahabat. Seteguh karang di lautan yang sentiasa berdiri teguh di hempas kemarahan sang ombak. Namun, kita yang hidup di akhir zaman ni selalu berbalah tentang rakaat terawih. Lapan ker 20? Masing-masing ada hujah. Padahal para ulama salafus sholeh tidak menganggap besar perkara ni.

Teringat semasa pergi sembahyang terawih kat masjid tadi. Jamaah terawih semakin berkurang 60%. Baru 10 hari ramadhan berlalu. Begitu cepat kepupusan berlalu. Memang susah nak mengapai syurga Ilahi. Melaksanakan perkara ibadah. Nafsu kita selalu menolak. Tetapi melaksanakan kemaksiatan pada Allah begitu mudah. Marilah kita renung-renungkan bersama. Wallahu ‘alam bisshawab .


Khamis, 27 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Khamis, Ogos 27, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:

Salam Ramadhan…… Hari ke-7 kini. Sejauh mana partisipasi kita di bulan ini. Adakah kita disibukkan oleh kerja di pejabat? Atau kuliah di Universiti? Atau tidur yang berpanjangan menantikan azan magrib berkumandang? Sepatutnya bacaan quran kita hari ini telah memasuki juz 8 hari ni. Betul tak? Atau tidur kita yang semakin bertambah kepada 8 jam arini?

Alangkah indahnya jika bulan ini kita bina TARGET RAMADHAN. Listkan amalan-amalan yang kita akan lakukan dan perbaiki bulan ini. Contohnya,

1. Solat 5 waktu berjamaah di masjid

2. Solat dhuha

3. Baca al-Qur’an minimum 1 juz sehari.

4. Dengar tazkirah/ceramah

5. Tarawih

6. Tahajud

7. Banyakkan solat-solat sunnah

8. Baca buku agama

9. Dll

Ini sebagai contohnya sahaja. Terpulang kekreatifan diri masing-masing. Yang penting bulan ini tidak kita persiakan kehadirannya. Namun, satu perkara yang kita perlu ingat bersama. List-list yang kita buat jangan hanya ada sah laku hingga penghujung ramadhan sahaja. Tapi, perlu kesinambungan berpanjangan sepanjang hayat. Wallahu’allam bisshawab

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT