Selasa, 10 Februari 2009

ISTIKHARAH.... susahnya nak dapat jawapan

Selasa, Februari 10, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
Artikel berkaitan Istikharah ini saya terbaca dalam laman web Ustadz Zaharuddin. Pencetus ingin tahu betulkah mimpi itu petanda dari hasil Shalat Istikharah? Alhamdulillah melalui artikel ini juga ana mendapat pemahan jelas tentang jawaban-jawaban berkaitan Istikharah. Rasanya ramai di antara kita yang masih keliru tentang konsep ini dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ikutilah penjelasan Ustadz Zaharuddin ini melalui pertanyaan yang diajukan kepadanya :


Soalan

Assalamualaikum

Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan pihak penerbit untuk menwujudkan ruang soal jawab agama, yang diharapkan dapat memenuhi tuntutan ummah untuk mendapatkan kefahaman Islam yang jelas dan tulin.

Soalan saya berkisarkan tentang solat istikharah. A telahpun berjanji untuk melamar B. Hal ini telah pun membawa kepada perkenalan pihak keluarga antara kedua-dua pihak, sekaligus memberikan harapan besar kepada B. Namun, apabila A melakukan solat istikharah, hasilnya B bukanlah jawapan dari istikharah tersebut. Akhirnya A memutuskan untuk membatalkan janjinya.

Soalan saya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan keputusan istikharah kita? Sedangkan tindakan A mungkin mendatangkan kemudaratan emosi kepada B dan keluarganya. Adakah wajib untuk kita menuruti petunjuk dari istikharah?

-Ingin tahu-

Jawapan :

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.

Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”

Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”

Perlu juga diingat bahawa :-

Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.

Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)

Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)

Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam.

(sumber : www.Zaharuddin.net)

Isnin, 9 Februari 2009

Isnin, Februari 09, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
Masya Allah, ana tak nak komen banyak tentang peristiwa ni. Namun kita sebagai rakyat perlu prihatin. Di manakah keadilan? bila pertolongan Allah akan tiba?


Ahad, 8 Februari 2009

Ahad, Februari 08, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
Ana baru perasan lagu ni diadaptasi dari doa Rabithah. Tak jemu-jemu halwa telinga ni mendengarnya. Apabila dihayati merasa hinanya diri di hadapan Allah. Hati kalau tidak disirami dengan zikrullah akan mati. Jadi.....hayatilah lagu ini dendangan IZZATUL ISLAM :


RABITAH HATI

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Sabtu, 7 Februari 2009

PALESTINE - We will not go down

Sabtu, Februari 07, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

KEKEJAMAN ISRAEL….KENAPA KITA MASIH MEMBISU?

Sabtu, Februari 07, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:



Pernah diproklamasikan oleh seorang rahib Yahudi bahawasanya Umat Islam tidak akan mampu mengalahkan kekuatan mereka selagi masjid-masjid umat Islam di seluruh dunia tidak dipenuhi oleh umat Islam di kala shalat subuh sama seperti mengerjakan shalat Jumaat selagi itulah umat Islam pada hari ini tidak akan mampu mengalahkan kekuatan dan keangkuhan yahudi.

Al-Qur’an sejak lama dulu telah pun memberitakan tentang kejahatan bangsa ini. Firman Allah itu termaktub dalam surah Ali-Imran ayat 120 yang bermaksud :

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ""Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)"". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Masih ingatkah kita pada Salahudin Al-Ayyubi? Seorang pahlawan agung Islam yang mengembalikan kembali tanah Bumi Palestin ke tangan umat Islam pada perang Salib satu ketika dulu. Sebelum tentera-tentera Islam di bawah pimpinannya cuba membebaskan tanah Palestin beliau telah berpesan. “Wahai para tentera muslimin seandainya kalian ingin melihat kiblat umat Islam yang pertama ini kembali ke tangan Islam maka amalkanlah tiga perkara ini.

1. Shalatlah secara berjamaah.

2. Bacalah al-Qur’an setiap saat.

3. Dan bertahajudlah pada waktu malam untuk menguatkan hati kalian.

Betapa kuat dan teguh iman para tentera Islam dulu. Setiap saat dan ketika Allah selalu di hati. Namun, kini kita sebagai umat Islam terlalu leka dan jauh dari pegangan agama. Nafsu menjadi alat untuk kepentingan pribadi dan tak memikirkan masalah umat yang semakin parah kini. Apakah tiga perkara di atas telah sebati dalam diri kita? Mampu kita mengalahkan orang kafir yahudi dan nasrani jika kita masih dibuai tidur panjang? Sedangkan kita sibuk bertelingkah dan bermusuhan sesama umat Islam. Menganggap jamaahnya paling benar dan paling betul. Banyak lagi benda yang perlu kita pikirkan. Terutama untuk kesejahteraan seluruh umat Islam di dunia. Khilafah Islam yang terakhir iaitu Kerajaan Othmaniyyah telah 84 tahun berkubur oleh kekejaman bangsa Yahudi.

Bangkitlah wahai Umat Islam. Kembalikan izzah keagungan umat Islam yang pernah kita kecapi dulu. Allahu Akbar… Allahu Akbar….Allahu Akbar.


Jumaat, 6 Februari 2009

Jumaat, Februari 06, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
Afwan bebanyak kepada kenkawan dan sahabat yang masih menunggu tulisan-tulisan dan buah fikiran ana yang seterusnya. Rasanya dah dekat setahun ana tak update blog ni. Bukan apa, cuma geram dengan kat pengurusan kolej yang tak menyediakan internet kat bilik (alasan ana jer.... kalau nak seribu daya tak seribu dalih). Tapi takpe, sya harap pada masa mendatang ana akan terus menyediakan artikel-artikel artikal yang bermanfaat. Takde alasan lagi untuk ana sebab wireless dah pun disediakan oleh pihak Universiti pada setiap kolej. Namun bukan free tapi berbayar setiap bulan. Takperlah yang penting boleh ana rajin-rajin menulis blog ni.
s
Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT