Selasa, 1 September 2009

Musibah di bulan Ramadhan

Selasa, September 01, 2009 by Salman At-Tawawi ·
Labels:

Sedihnya hari ini. Kehilangan barang berharga sesuatu yang menyiksakan. Hatiku turut berduka. Seorang sahabatku yang wajahnya selalu menampakkan keceriaan akhir-akhir ini mendapat musibah. Walhal semenjak pertunangannya yang dirahsiakan sejak cuti semester beliau sentiasa tersenyum. Kegundahannya untuk segera menikah akhirnya dikabulkan Allah. Sedang aku masih bersabar mencari-cari sekuntum bunga mekar di taman yang masih belum dipetik orang.

Sejurus berakhirnya kuliah Teknologi Matlumat Dakwah, aku bergegas menuju kawasan parking motorsikal. Halmet kumasukan kemas ke kepala. Baru kucuba menghidupkan injin motorsikal terdengar sayup-sayup suara dalam kepanikan. Suara yang tak asing selalu kudengar. Oooh rupanya saudara akil atau panggilan manjanya pak syeikh memanggil ke arahku. Matanya seperti mencari-cari sesuatu. Aku pun kehairanan seketika. Dengan muka yang kebingungan dia mengatakan motorsikalnya hilang. Aku hanya mampu tergamam. Motor LC yang baru berusia tiga bulan itu lenyap ibarat ditelan bumi.

Asar telah pun sepuluh minit berlalu, namun sebagai seorang sahabat aku perlu membantunya. Kami bergegas menuju ke Bahagian Keselamatan UKM untuk melaporkan kes curi ini. Seterusnya, kami bergegas pula melaporkan kepada pihak polis di Pejabat Polis Bandar Baru Bangi. Statement telah pun selesai dibuat tapi kami belum lagi menunaikan solat asar. Kami bergegas balik menuju masjid UKM melaksanaan kewajipan yang utama. Hanya sabar yang mampu menenangkan hatinya ketika itu. Segala musibah yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Geram juga rasanya dalam hati kecil ini. Bulan ramadhan yang suci ini dicemari dengan perbuatan dosa. Bukankan syaitan tidak mampu menghasut manusia untuk melalukan keburukan di bulan ramadhan ini? Bukankan mereka di belenggu saat ini? Persoalan ini memang betul adanya. Namun syaitan telah lama dulu memahat kepada pelaku-pelaku dosa dan maksiat ini keburukan dan dosa. Akhirnya telah menjadi kebiasaan dalam diri mereka. Tanpa ada hasutan syaitan pun jiwa mereka telahpun tercemari oleh virus-virus kesyaitanan. Yang tinggal kita adalah dari jenis syaitan dari kalangan manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-nas ayat 6.

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Kurindukan tegaknya hukum Islam. Pasti bumi Allah ini akan bersinar dengan rahmatnya. Pasti tiada lagi sang pelaku maksiat bermaharajalela. Pasti tiada lagi pelaku jenayah menampakkan taringnya. Pasti tiada lagi kedukaan yang bersarang di dalam jiwa. Wallahu’alam bisshawab

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT