Rabu, 12 Ogos 2009

Si Kumbang

Rabu, Ogos 12, 2009 by Salman At-Tawawi ·
Labels:

Kumbang ingin bercerita tentang perihal dirinya. Dulu kumbang seorang yang rajin menuntut ilmu. Kumbang juga suka mencari pengalaman. Satu hari kumbang berhasrat pergi merantau ke negeri Entah Berantah untuk mencari ilmu agama. Tapi, ibunya menghalang pemergiannya. Bukan menghalang mempelajari ilmu agama tapi tak rela berpisah jauh dari anak kesayangannya. Puas si kumbang memujuk ibunya. Akhirnya, dengan berat hati ibu si kumbang mengizinkannya untuk pergi. Lega hati si Kumbang. Hasratnya pasti akan menjadi realiti.

Perjalanan menuju ke negeri Entah Berantah memakan masa lima hari lima malam. Letih juga si Kumbang berkelana. Akhirnya sampailah si Kumbang ke tempat yang dituju. Selama hampir lima tahun si Kumbang menuntut ilmu agama panggilan kampung halaman semakin jelas terdengar di telinga. Pada masa yang sama juga si Kumbang berat meninggalkan negeri Entah Berantah. Si Kumbang merasakan ilmu yang diperolehi selama ini masa belum cukup untuk di bawa pulang ke kampung halaman. Pasti ibu si Kumbang rindu akan kepulangan anaknya yang tercinta itu. Dalam hati si Kumbang bermain seribu persoalan. Antaranya mampukah ia merubah masyarakatnya dari jahil ilmu kepada kenal ilmu. Tanggungjawab si Kumbang pasti semakin besar. Si Kumbang juga risau adakah ilmu yang dipelajari itu diiktiraf di negerinya sendiri sedangkan rajanya mengamalkan sistem pemerintahan sekular dan diktator. Islam hanya pada nama. Tapi, bukan pada undang-undangnya. Baginya Negara Entah Berantah adalah negeri yang memberi ketenangan padanya.

Masyarakat, keluarga dan rakan-rakannya menantikan kepulangan si Kumbang. Mereka berharap ilmu si Kumbang dapat dimanfaatkan bersama. Mau tidak mau si Kumbang terpaksa balik jugak. Ibarat bak sirih pulang ke gagang (bersambung……)


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT