Rabu, 15 Julai 2009

Jerebu kembali menganas

Rabu, Julai 15, 2009 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:

Jerebu menyelubungi masjid UKM

Dah seminggu aku kembali ke UKM. Tapi, masih terasa keletihan mengharungi Latihan Amali Industri selama dua bulan di Kampung halaman. Pengalaman semasa menjalani praktikum merupakan antara beberapa sejarah yang mewarnai perjalanan hidupku. Kini aku kembali ke UKM untuk meneruskan pengajian yang masih berbaki setahun. Memang selepas mengalami fasa pekerjaan sindrom malas nak meneruskan pembelajaran jelas terasa. Apapun aku kena meneruskan pengajian untuk bergelar mahasiswa pemegang Ijazah Sarjana muda Pengajian Islam. Blog kesayangan ini pun baru sekarang dapat di update. Yelah kat umah mana ada intenet. Huhuhu.

Minggu ini banyak problematika dan warna warni kehidupan menghiasi kehidupan kita. Paling hangat dalam beberapa bulan lalu adalah isu H1N1 atau bahasa kasarnya selsema babi bermaharaja lela di seantero dunia. Di Malaysia pula isu jerebu beberapa minggu lalu turut menjadi isu hangat terutamanya di sekitar wilayah semenanjung Malaysia. Masa tu aku kat Sabah menjalani praktikum dan masih menghirup udara segar. Kini jerebu mula menganas semula. Macam raksasa pulak kan. Tapi, kalau bercerita tentang raksasa mesti ada ultraman yang datang menghalang. Itu di alam fantasi. Namun, di alam realiti masalah jerebu ini cukup membimbangkan manusia. Pihak kerajaan terpaksa membelanjakan berates-ratus ribu untuk membersihkan udara yang tercemar akibat kebakaran hutan yang terjadi di wilayah kepulauan sumatera Indonesia.

Penularan H1N1 atau selsema babi di dunia

Kualiti udara yang kotor akibat jerebu mengundang pelbagai masalah terutamanya berkaitan dengan masalah kesihatan orang ramai yang boleh mengakibatkan kematian. Itu apabila PH udara rendah yang boleh mengakibatkan sesat nafas yang akut. Ia juga turut mengakibatkan jarak penglihatan semakin rendah yang boleh mengakibatkan pelbagai bentuk malapetaka seperti kemalangan jalan raya, laut udara dan sebagainya.

Sebelumnya kita juga pernah dikejutkan dengan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk chikugunya. Padahal nyamuk ini bukanlah berasal dari Malaysia tapi, nyamuk yang di bawah dari luar Negara. Akibatnya nyamuk aedes penyebab denggi ini mendapat teman baru itu terus menyebarkan penyakit kepada manusia.

Cara Nyamuk Cikungunya menyebarkan penyakit

Kesimpulannya, setiap permasalahan yang berlaku ada jalan penyelesaian. Ini merupakan baru sebahagian dari ujian yang Allah berikan kepada manusia. Tinggal manusia itu sendiri yang berusaha untuk survive mengharunginya. Apapun pada dasarnya segala musibah yang Allah timpahkan kepada manusia ada hikmahnya. Wallahu ‘alam bissawab.

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT