Jumaat, 17 April 2009

EXAM OH EXAM

Jumaat, April 17, 2009 by Salman At-Tawawi ·
Labels:

Semakin hampir engkau

Berlari mengejar ku

Sedang diri masih kaku

Seperti tak sanggup mendekatimu

Degup jantung berlari kencang

Meniti lorong masa

Menantiku ku disana

Ujian bakal menerpa

Siangku tidur

Malamku jaga

Buku menjadi teman

Laptop menjadi kawan

Mata tak henti bersengang

Otak tak henti menjana

Aku akur semua itu

Tanggungjawab perlu diteruskan

Bintang masih jauh untuk ku capai

Sedang aku masih terkapai mencari sayap

Ikhlas penentu diri

Bukan pointer yang kucari

Tapi ilmu menjadi inti

Untuk bekalan diluar nanti

Siapapun mampu berjaya

Jika usaha menjadi cara

Doa sebagai senjata

Tawakal terus membara

P/S : Buat kengkawan SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM. USAHA TANGGA KEJAYAAN.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT