Rabu, 29 April 2009

Aduhai Lelaki

Rabu, April 29, 2009 by Salman At-Tawawi ·
Labels:

Dewasa ini, gejala pelecehan seksual selalu terjadi di mana-mana. Mangsa yang terlibat adalah dari golongan wanita. Baik itu ana dara, janda, maupun mak orang. Di stesen bas, dalam bas, keretapi, komuter, di jalan raya ataupun di mana saja. Pelakunya sudah semestinya dari golongan lelaki. Jantan yang gila sex atau hypersex. Merebaknya gejala ini disebabkan hukum Allah tidak dilaksanakan, sedang hukum manusia dipertuhankan. Tiada tindakan serius juga diambil oleh pihak berwajib menangani masalah ini. Terutamanya dari jabatan-jabatan agama yang lebih mementingkan jawatan berbanding melaksanakan perintah Allah iaitu melaksanakan amar ma’aruf dan mencegah kemungkaran. Padahal perkara ini amat membimbangan kita. Terutama golongan serikandi kita yang selalu berada dalam ketakutan dan kekhuatiran setiap masa. Pelecehan seksual boleh berupa rabaan, sentuhan, gerak tubuh, isyarat dan perbagai bentuk cari.

Namun, dalam pembahasan ini saya cuba mengangkat pelecehan atau gangguan seksual yang dilakukan oleh golongan wanita terhadap lelaki. Pelik bukan. Tapi, perkara ini benar adanya dan sering terjadi kepada lelaki-lelaki sunti. Benarkah lelaki juga menjadi mangsa dalam masalah ini? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa faktor-faktor penyebab terjadinya gangguan seksual terhadap lelak?

Faktor utama adalah disebabkan kekurangan pendidikan agama terhadap mereka kaum wanita. Akibatnya mereka kurang memerhatikan adab-adab dan akhlak yang ditunjukkan dalam Islam. Kedudukan wanita dalam Islam sangat mulia. Namun pada masa yang sama mereka jualah yang menjatuhkan martabat kaum wanita itu sendiri. Terutama berbicara tentang aurat wanita. Rasanya setiap mereka mengetahui kedudukan aurat wanita dalam Islam. Iaitu bagi wanita sekurang-kurangnya menutup kepala sampai ke dada ( bertudung) dan seluruh anggota badan melainkan muka dan tapak tangan. Walaupun terdapat khilaf di antara golongan ulama berkaitan masalah ini.

Secara realitilah kaum wanitalah yang menjadi punca timbulnya gejala pelecehan seksual terhadap mereka. Apa tidaknya memakai pakaian yang menjolok mata, memakai seluar ketat, menampakkan benda-benda yang sepatutnya ditutup dan dipelihara. Bagi kaum lelaki hal yang demikian merupakan gangguan seksual terhadap mereka. Bagi yang lemah iman mereka mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya. Dampaknya, berlaku kes rogol dan zina di masyarakat kita pada hari ini. Lahirnya anak luar nikah. Berlakunya penguguran bayi-bayi yang tidak berdosa. Puratanya hampir setiap hari ada sahaja kes pembuangan ana berlaku.

Bagi yang bodoh dan bangang dalam soal agama mengatakan pakai kondom dapat mengelakkan hal ini berlaku. Padahal dalam Islam lelaki atau perempuan yang bukan mahram dan tiada ikatan perkawinan sama sekali berdua-dua. Berkapel-kapelan. Sedangkan jalan terbaik untuk mengelakkan gejala ini terus berlaku untuk menyelamatkan diri kita adalah melaksanakan sunnah nabi Saw , itu menikah. Jika tidak mampu seeloknya berpuasa baik itu lelaki mahupun perempuan.

Hantaran yang tinggi juga merupakan penyebab berlakunya golongan lelaki tidak mampu bernikah. Bagi yang terhasut oleh bujukan syaitan menjadikan mereka menghalalkan segala cara. Tanpa memikirkan balasan di akhirat sana. Akibatnya, mereka lebih suka membawa anak dara orang pergi ke mana-mana yang mereka suka. Tidak kira siang atau pun malam. Di taman bunga, di dalam hutan bahkan di rumah sendiri . Tapi kebodohan juga turut diacuhkan kepada golongan wanita yang tidak pandai menjaga diri dan maruah. Sanggup memberikan kesuciannya atas dasar cinta semata-mata. Cinta yang ternoda dan ternista. Padahal cinta itu milik Allah dan dialah berhak dicintai.

Kenapa kita sanggup mempertuhankan hawa nafsu sendiri padahal kita yakin nereka itu ada. Tempat pelaku maksiat dan pelaku dosa dihisab dan diazab.Tidak takutkah kita seandainya ajal kita ditarik oleh Pemilik jiwa ini ketika kita bermaksiat kepadaNya?. Sudah cukupkah bekalan amalan untuk kita serahan kepada Allah agar terbuka pintu syurga untuk kita?. Kita tidak tahu bila kita akan mati dan di mana ajal kita. Namun, sebagai manusia yang Allah berikan akal dan hati sepatut kita gunakan sebaik-baiknya.

Oleh sebab itu marilah sama-sama kita memperbaiki diri dan memuhasabah kembali perbuatan-perbuatan kita yang telah lalu. Juga kita senantiasa berdoa agar hukum Allah kembali tegak di bumi Allah ini. Hukum Allah yang mampu merubah dan meleraikan segala kejahatan dan kenistahan yang dilakukan oleh manusia. Sedang hukum manusia dan sekular menambahparahkan lagi keadaan manusia kini. Wallahu ‘alam bisshawab

3 comments:

azaHmaeL berkata...
29 April 2009 pada 2:29 PTG

Salam.

Nukilan yang menarik. Harapnya, mendapat "tempat" dihati ini.

Bodoh (maaf menggunakan bahasa ini) saya ingin perkatakan kepada mereka yang sudah tahu itu salah dan mahu bertaubat tetapi masih berkecimpung dengan perbuatan yang nista itu. sebagai contoh yeh, dah tahu kapel itu salah dan boleh membawa kepada jalan2 hitam, tapi masih mencari 1001 alasan untuk menyambungkan benang yang dah terputus 1000.

sekian, wallahu'alam.

Unknown berkata...
7 Mei 2009 pada 10:33 PG

slm...wanita rosak di sebabkan lelaki...dalam keluarga bila ayahnya rosak,,insyaAllah satu keluarga rosak....bila lelaki semua taqwa,Allah swt akan beri sifat malu pd wanita,,,,skrg lelaki x de taqwa,,Allah hilangkan sifat malu pd wanita,,,sebab lelaki sudah rosak...

Anem Arnamee berkata...
11 Jun 2009 pada 6:46 PTG

Salam..

semoga yang tahu itu akan beramal, mereka bkn tak tahu.
wallahua'lam.:)

:)

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT