Sabtu, 5 April 2008

Ya Allah terimalah doaku.....

Sabtu, April 05, 2008 by Salman At-Tawawi · 1 comments
Labels:
Ya Allah, kenapa Engkau masih belum menerima doa hambamu ini? Sudah puas aku meminta dah berharap padamu. Namun, segala yang telah kuluahkan, tak mendapat balasan dari-Mu. Ya Allah kabulkan doaku… Kabulkan doaku….


Ungkapan seperti ini selalu dilafazkan ketika doa kita belum dimakbulkan Allah. Segala daya dan usaha telah pun kita curahkan sepenuhnya. Namun, masih juga dalam dilema pengharapan. Ada yang masih meneruskan usahanya dalam berdoa. Ada juga yang berputus asa.

Banyak perkara yang menyebabkan kenapa doa kita tidak atau belum diterima oleh Allah swt. Antaranya sejauh manakah hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia. Ana tak nak bincang tentang ni. Apa yang menarik ana nak kongsi bersama adalah nasihat dan pesan dari seorang ulama silam yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham. Beliau juga terkenal dengan kewara’annya (sufi).

Nama penuh beliau ialah Sultan Ibrahim ibn Adham ibn Mansur al-Balkhi al-Ijli. Beliau dilahir di Balkh iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak di barat Khurasan dan wafat pada 777 hijrah. Keluarga beliau berasal dari Kufah (Iraq) dan merupakan keturunan atau silsilah beliau sampai kepada Syaidina Umar ibn Khatab r.a.

Menurut kisahnya, ketika Ibrahim bin Adham dalam perjalanan menuju ke pasar . Berduyun-duyun dari penduduk kampung datang berjumpa beliau untuk meminta nasihat. Salah seorang di antara mereka bertanya, "Wahai tuan guru! Bukankah Allah telah berjanji dalam kitab-Nya (Al-Quran) bahawasanya Dia pasti akan mengabulkan doa hamba-hamba-Nya. Padahal kami tak pernah putus-putus berdoa, siang dan malam, tetapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?" Ibrahim bin Adham terdiam seketika kemudian dengan penuh hikmah beliau berkata, "Wahai saudaraku sekalian. Ada sepuluh perkara yang menyebabkan doa kamu tidak dikabulkan oleh Allah.

Pertama
, kamu mengenal Allah, namun kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.

Kedua, kamu membaca akan Al-Quran, tetapi kamu enggan mengamalkan isinya.
Ketiga
, kamu mengakui bahwa syaitan adalah musuh yang sangat nyata, namun Pada masa yang sama kamu turut mengikuti jejak dan suruhannya.

Keempat, kamu mengaku mencintai Rasulullah saw sebagai nabi dan utusan-Nya, tetapi pada masa yang sama juga kamu turut meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
Kelima, kamu mendambakan dan ingin masuk ke dalam surga, tetapi kamu tidak pernah melakukan amalan-amalan ahli surga.
Keenam
, kamu takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kamu bangga dan suka dengan perbuatan ahli neraka.

Ketujuh
, kamu mengaku bahwa kematian pasti tiba, namun kamu tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.

Kelapan, kamu sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan yang ada pada diri kamu sendiri.
Kesembilan
, kamu selalu menjamah rezeki Allah, tetapi kamu lupa untuk mensyukuri nikmat-Nya.

Kesepuluh
, kamu sering mengiringi jenazah ke kuburan, tetapi tidak pernah menyedari bahwa kamu juga akan mengalami nasib yang serupa sepertinya."


Setelah mendengar nasihat itu, semua orang yang berada di situ menangis teresak-esak.

Dalam kisah lain disebutkan, beliau kelihatan murung lalu menangis, padahal tidak ada sebab mengapa beliau harus berbuat demikian. Tiba-tiba ada seseorang lelaki bertanya kepadanya." Ibrahim menjawab, "aku melihat kubur yang akan aku diami kelak sangat menggerunkan, sedangkan aku belum mendapatkan cara berlindung dari bahaya tersebut. Aku melihat perjalananku menuju akhirat sangat jauh, sedangkan aku belum memiliki bekalan yang cukup untuk menghadapinya. Aku juga melihat Allah sedang menjalankan hukuman kepada semua makhluk-Nya di Padang Mahsyar, sedangkan aku belum mempunyai alasan yang kuat untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatanku selama hidup di dunia nan fana ini."


Marilah kita renungkan pesan beliau ini. Walaupun ringkas tetapi padat dengan nasihat yang mampu meruntuhkan benteng keegohan kita. Sesunguhnya peringatan ini bermanfaat kepada orang-orang yang beriman. Walahu’alam

Selasa, 1 April 2008

April fool budaya siapa?

Selasa, April 01, 2008 by Salman At-Tawawi · 3 comments
Labels:
April Fool......Tentu korang dah tahukan. Sape yang tak tau....budaya ni dah menular di seluruh dunia. Tiba jer bulan April (walaupun aku lahir bulan ni..) ramai yang berusaha mencari peluang camner nak kenakan member sendiri. Bukan setakat member jer orang tua sendiri pun terkene sekali. Masya Allah. Kenapelah orang kita ni terikut-ikut dengan budaya yang banyak membuat pemikiran muda-mudi kini semakin bercelaru. Berkiblat dan berpaksikan Barat. Meninggalkan seruan Islam.

Di bawah ni ana selitkan sebuah artikel yang berkaitan tentang sejarah AFRIL FOOL ini. Ana harap sahabat sekalian mngambil manfaat darinya. Yang belum tahu tu tinggalkan.... jangan terpesong buat kali kedua. Ana cume ingatkan yang lain tu " Lu pikiq lah sendiri".


*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

( dipetik dari Risalah al-fikrah)

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT