Rabu, 31 Oktober 2007

just.. renungan

Rabu, Oktober 31, 2007 by Salman At-Tawawi ·
Labels:

Ba'da salam. Kehidupan kite ni ibarat roda yang berputar. Kekadang ke atas, ke kadang pula kat bawah. Suka, duka, senang, gembira semua bercampur aduk. Kite sepatutnya bersyukur dengan semua kurniaan Allah ini. Nilah dinamakan ujian. Siapa yang berjaya lepasi ujian ni, Dia akan tambah ujian yang baru pulak. Sampailah kia bertemu dengan-Nya di perkampungan akhirat kelak.

Ana tulis ni bukan bermaksud ana ni baik. Mungkin ikhwan ikhwat seiman lebih mulia dari ana. Kite bukan makhluk sempurna. Penuh dengan kekurangan. Setiap orang pernah buat salah. Yang penting kita mampu memaafkan orang lain. Jangan nak ego, sombong, takabbur. Kite diukur bukan sebab ilmu kite atau amal kite. Tapi, yang paling penting jaga hati kite. sebelum nak salahkan orang, hina, atau caci orang lain.
kite islah diri kite dulu.

Ana teringat sebuah kisah di zaman Rasulullah saw. Rasullah memberi tahu kepada para sahabatnya bahawa yang akan masuk ke dalam masjid ni nanti adalah seorang lelaki yang dijamin masuk syurga. Para sahabat setia menungguh siapaka gerangan pemuda tersebut. Para sahabat kehairanan ketika melihat lelaki yang rasulullah katakan tu tidak menunjukan kealiman atau ketinggian ilmunya. Sahabat pun bertanya kepada kepada rasululah, Kenapa pemuda itu dijamin masuk syurga sedangkan kami para sahabat lebih alim, lebih warak dan banyak amal-amal sunah. Pemuda tu pula, jarang melaksanakan amal-amal sunnah dan masih cetek pemahaman agamanya. Rasulullah menjawab bahawa pemuda tu sebenarnya tak pernah berlaku khianat, mengata orang, menjaga hati, jujur dalam beribadah.

Kesimpulannya, kite jangan merasa diri kite ni lebih baik dari orang lain. di sisi manusia mungkin. Tapi di sisi Allah lain jawapannya. Contohnya orang yang tidak sembahyang, jangan kite tuduh kafir dengan memaki hamun atau jijik melihatnya. Boleh jadi dia tidak tahu, jahil. Hati kite kena jaga..doakan dia mudah-mudahan Allah beri hidayah. atau yang paling baik islah dan dakwah diri dia jika mampu dengan uswatun hasannah, contoh yang baik. Dakwah yang paling sebenarnya dakwah dengan perbuatan, barilah dengan perkataan.
ni tengah malas sbnrnya, tu yang tengah coret-coret ni, mudah-mudah bermanfaat buat kita bersama.... ade nak respon.. dialu-alukan..tafadhol

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT