Rabu, 31 Oktober 2007

dah ke kita buat???

Rabu, Oktober 31, 2007 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:

Assalamualaikum.

Artikel ni dah lame ana simpan. Ade yang forward kat ana. Saja je nak letak kat sini. Tanye diri kite dah buat ke belum. Jangan cuma baca je. (ana pun apa kurangnya..pandai je cakap). Nak bagi antum baca gak, dapat pahala, kalau terase tu tak taulah. Tanya diri masing-masing.

PERSOALAN : Telefon dan SMS - Boleh atau tidak?

Seperti yang kita tahu, telefon dan SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul, sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau dalam masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar percakapan wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya aman dari fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari mengingati Allah Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim misalnya, terdapat hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para muslimah dengan percakapan. Ibnu Hajar dalam syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar percakapan perempuan itu adalah harus, dan suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula dalam syarah sahih muslim menyatakan: dalam hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat atau tujuan, dan suara mereka bukanlah aurat. (rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s 276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram ialah Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ..."(al-Ahzab: 53) Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits bagi orang yang ingin mengambil hadits mereka. Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar." Di dalam Al-Quran juga kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda, putri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib alaihissalam) yang bercakap dengan Musa, sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "... Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala-penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya." (al-Qashash: 23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bias membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya "berpenyakit." Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan yang baik". Melalui hujah ini, maka harus untuk seseorang bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, dengan hajat dan tujuan yang baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam contoh-contoh di atas serta aman dari fitnah, syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan oleh diri orang yang menelefon atau memberi sms itu sendiri, samaada percakapannya itu menimbulkan fitnah atau tidak, melalaikan atau
tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri dan orang lain,maka itu antara dia dan Allah Ta'ala.Wallahua’lam.


Memandang kepada bukan mahram


Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu. (rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata itu boleh berzina melalui pandangannya"-riwayat Bukhari. Rasulullah pernah berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan haqmu.."-riwayat Tarmizi.

Cinta sebagai satu fitrah

Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.

‘Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan,
lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti.." Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi.Wallahua’lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia kan pergi.

p/s: Artikel ini telah diriso dan diedarkan kepada semua muslimin dan muslimat di Kolej Matrikulasi Melaka sebagai langkah untuk mencegah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar yang kini kian serius.

Ingatlah “MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Renungkanlah, terutama yang forward artikel ni kat ana. semuga dilindungi Allah selalu. terima kasih. Insya Allah kita mampu buat. Dah tak tahan khawinlah lebih barakah. buat ape nak bercinta kalau tak di atas landasan syariat islam yang dibenarkan. Alasan cinta kerana Allah. Tak boleh pakai....dah sah baru boleh pakai kalimat ni. Nafsu takkan pandang orang...iman kita ni naik turun wahai saudaraku. Ketika iman kite lemah lah muda balah tentera syaitan ni menghasut diri.(nasihat ni untuk kebaikan ana juga...maklumlah masih bujang) Cintailah Allah dengan cinta yang sebenar-benarnya.

wassalam

just.. renungan

Rabu, Oktober 31, 2007 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:

Ba'da salam. Kehidupan kite ni ibarat roda yang berputar. Kekadang ke atas, ke kadang pula kat bawah. Suka, duka, senang, gembira semua bercampur aduk. Kite sepatutnya bersyukur dengan semua kurniaan Allah ini. Nilah dinamakan ujian. Siapa yang berjaya lepasi ujian ni, Dia akan tambah ujian yang baru pulak. Sampailah kia bertemu dengan-Nya di perkampungan akhirat kelak.

Ana tulis ni bukan bermaksud ana ni baik. Mungkin ikhwan ikhwat seiman lebih mulia dari ana. Kite bukan makhluk sempurna. Penuh dengan kekurangan. Setiap orang pernah buat salah. Yang penting kita mampu memaafkan orang lain. Jangan nak ego, sombong, takabbur. Kite diukur bukan sebab ilmu kite atau amal kite. Tapi, yang paling penting jaga hati kite. sebelum nak salahkan orang, hina, atau caci orang lain.
kite islah diri kite dulu.

Ana teringat sebuah kisah di zaman Rasulullah saw. Rasullah memberi tahu kepada para sahabatnya bahawa yang akan masuk ke dalam masjid ni nanti adalah seorang lelaki yang dijamin masuk syurga. Para sahabat setia menungguh siapaka gerangan pemuda tersebut. Para sahabat kehairanan ketika melihat lelaki yang rasulullah katakan tu tidak menunjukan kealiman atau ketinggian ilmunya. Sahabat pun bertanya kepada kepada rasululah, Kenapa pemuda itu dijamin masuk syurga sedangkan kami para sahabat lebih alim, lebih warak dan banyak amal-amal sunah. Pemuda tu pula, jarang melaksanakan amal-amal sunnah dan masih cetek pemahaman agamanya. Rasulullah menjawab bahawa pemuda tu sebenarnya tak pernah berlaku khianat, mengata orang, menjaga hati, jujur dalam beribadah.

Kesimpulannya, kite jangan merasa diri kite ni lebih baik dari orang lain. di sisi manusia mungkin. Tapi di sisi Allah lain jawapannya. Contohnya orang yang tidak sembahyang, jangan kite tuduh kafir dengan memaki hamun atau jijik melihatnya. Boleh jadi dia tidak tahu, jahil. Hati kite kena jaga..doakan dia mudah-mudahan Allah beri hidayah. atau yang paling baik islah dan dakwah diri dia jika mampu dengan uswatun hasannah, contoh yang baik. Dakwah yang paling sebenarnya dakwah dengan perbuatan, barilah dengan perkataan.
ni tengah malas sbnrnya, tu yang tengah coret-coret ni, mudah-mudah bermanfaat buat kita bersama.... ade nak respon.. dialu-alukan..tafadhol

Selasa, 30 Oktober 2007

YouTube - A is for Allah by Yusuf Islam (Cat Stevens)

Selasa, Oktober 30, 2007 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
YouTube - A is for Allah by Yusuf Islam (Cat Stevens)

Isnin, 29 Oktober 2007

ciri-ciri wanita shalehah

Isnin, Oktober 29, 2007 by Salman At-Tawawi · 1 comments
Labels:

Kepada para sahabatku yang sentiasa menceriakan blog ini. Sebagai mukmin yang bertakwa setiap kita pasti mendambahkan lelaki sholeh dan wanita sholehah untuk dijadikan pasangan hidup. Artikel ini membincankan tentang KEUTAMAAN WANITA SALEHAH DALAM ISLAM yang ditulis oleh Safrida Hamdani. Renungkan bersama.....

Baru globalisasi saat ini dari hari ke hari semakin membutakan mata manusia untuk mengenal tata cara kehidupan yang bernuasa Islami terutama bagi umat muslim saat ini.

Mendengar kata singkat “wanita“ yang memiliki sejuta makna yang terkandung dalamnya, seperti kita mendengar kehidupan seolah-olah tidak ada tanda-tanda kehidupan tanpa wanita. Ia bagai embun pagi yang tak pernah henti-hentinya memberi kesegaran.
Dengan adanya wanita shalehah, dunia akan tercipta dengan keharmonisan, kedamaian serta keberkahan baik dalam kehidupan individu maupun masyarakat.Allah telah memberikan sebuah penghargaan yang begitu besar kepada para wanita-wanita yang shalehah dengan sebuah sandangan “ummu warabbah al-bait” (ibu dan pengatur rumah tangga). Di dalam rahim setiap ibu berdenyut sebuah kehidupan baru.Bahkan jika kita ingin cinta suci, temukanlah di batin wanita. Wanita ibarat lebah muda yang selalu dipercaya dan selalu memberi kekuatan,kemuliaannya tidak bisa diukur dengan ukuran dunia. Karena para wanita shalehah yang akan menjadi bidadari syurga nanti. Untuk mencari wanita yang shalehah pada zaman era globalisasi ini tidak semudah yang kita pikirkan. Ulama fiqah mengatakan di dalam kitab “Iannatutthalibin” bahwa mencari wanita yang shalehah ibarat kita mencari burung gagak yang putih. Lalu apa sebenarnya makna dari wanita yang shalehah? Sekian banyak definisi dari wanita yang tahu dan hanya menguraikan bahwa wanita shalehah adalah nafas kehidupan atau perhiasan dunia yang paling berharga.

Sabda Rasulullah Saw, dalam salah satu hadist yang diriwayatkan Muslim
berbunyi:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalehah” Perlu kita akui bahwa untuk menemukan wanita shalehah tidak semudah yang kita bayangkan dikarenakan pada zaman era seperti ini begitu hebatnya pengaruh budaya Barat, berbagai macam cara usaha mereka untuk merusak generasi muda Islam. Wanita shalehah merupakan dambaan bagi setiap laki-laki dan ia kelak akan menjadi permata hati bagi suami dan menjadi penerang bagi kehidupan keluarga jika ia menjadi seorang istri (Abdurrahman, 1999: 5). Kita akan mencoba menguraikan beberapa keutamaan-keutamaan wanita shalehah dalam Islam yang tujuan dan maksudnya tertuju bagi saudari-saudari kitayang lagi sedih, berkecil hati, akan masalah perbedaan antara laki-laki dengan perempuan serta kelebihan laki-laki dengan perempuan. Kita harus ingat, bahwa ini bukan lagi zaman Jahiliah yang mereka itu selalu merendahkan dan meremehkan kaum wanita dan menganggap wanita si pembawa sial, maka saya rasa tidak sepantasnya kita menyalahkan satu sama lain dikarenakan Allah SWT sendiri telah menempatkan wanita dan laki-laki pada tingkatan dan derajat yang sama. Dengan kata lain wanita memiliki semua bakat untuk berkembang, tanpa cacat dan kesalahan, dan ia juga memiliki seluruh faktor kesempurnaan sebagaimana pria. Di dalam penulisan yang singkat ini terdapat beberapa keutamaan-utamaan wanita yang mungkin bisa kita jadikan arah serta pedoman dalam kehidupan kita sehari-hari.

1. Wanita Shalehah Merupakan Perhiasan Dunia yang Terbaik
ALLAH SWT dalam QS An-Nisa’ ayat 34, berfirman:

“... Istri-istri shalehah adalah isteri-isteri yang taat lagi setia kepada suami dan memelihara kehormatannya sewaktu ditinggal suaminya.“ Dari firman Allah di atas, dapat kita tahu bahwa mereka adalah para wanita dan tidak mau digunakan untuk kepentingan bisnis, baik atas nama iklan,peragaan busana, artis sinetron maupun bintang-bintang lainnya. Mereka tidak ingin dikenal oleh orang banyak, mereka akan merasa rugi jika auratnya ada yang melihat selain muhrimnya. Wanita shalehah ibarat madu yang selalu melihat dengan mata dan mencium dan berkata-kata dengan mulut dan mendengar dengan telinga untuk segala hal-hal yang baik. Ia tidak akan pernah hinggap di tempat-tempat kotor dan ia juga memilih makanan yang halal dan baik dalam artikata wanita shalehah tidak akan tinggal di tempat yang penuh dengan kemaksiatan
(Anonim, 1978: 67).

Begitu banyak anggapan orang awam yang mengatakan bahwa wanita hanyalah pemberi kepuasan bagi laki-laki semata. Padahal jika kita sadari wanita tidak ubahnya seperti cahaya yang selalu menjadi penerang dalam kegelapan.Hadist Nabi mengatakan bahwa: baik buruknya dunia karena wanita.Hadits ini mengingatkan kita untuk selalu menjadi wanita yang shalehah dan menjadi perhiasan dunia yang baik yang akan menyinari kehidupan di dalam dunia ini. Allah memuliakan mereka dengan kemulian yang pas, imbang, tengah-tengah, manis, dan adil. Allah juga memerintahkan kepada mereka untuk berhijab sebagai perindungan serta membebaskan para wanita dari kezaliman syahwat,Allah tak pernah melarang mereka untuk beramal ibadah dalam interaksi dengan
sangat nyaman dengan laki-laki dan membebaskan mereka dari tuduhan-tuduhan yang syubhat lagi yang mengekang (Mahridi, 2004: 37).

2. Wanita Shalehah Sama Derajatnya dengan Laki-Laki

RASULULLAH Saw, bersabda dalam Hadits yang diriwayatkan Muslim (dikutip dari Mahridi, 2004: 34): “Sesungguhnya wanita merupakan mitra sejajar dengan laki-laki.” Islam menempatkan mereka sejajar dengan kaum Adam, baik di lapangan pendidikan, ekonomi, sosial, maupun politik. Begitu juga halnya dalam memperoleh syurga. Islam menempatkan sama, dalam arti kata wanita shalehah tidak hanya berdiam diri di rumah saja, tetapi ia juga berperan aktif dalam kehidupan bermasyarakat. Firman Allah SWT dalam QS Al-Baqarah ayat 228 (Anonim, 1978: 28),berbunyi:

“... dan para wanita mempunyai hal yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suani mempunyai satu tingkatan kelebihan dari pada istrinya.

Banyak sekali kita dapati sekarang wanita diperlakukan semena-mena,padahal Allah sendiri telah menyatakan dalam Al-Qur’an, bahwa wanita dan laki-laki sama derajatnya.
Islam memperlakukan wanita dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, bahwa wanita dengan shalehah dianggap tiang negara yang kokoh, Islam tidakpernah mendiskreditkan salah satunya, baik laki-laki maupun perempuan. Hanya para kaum Jahiliah saja yang menganggap bahwa wanita tidak sama derajat dengan lelaki, mereka beranggapan bahwa wanita lemah tidak bisa diajak kompromi. Tapi ketika Islam datang wanita diangkat derajatnya menjadi sama dengan laki-laki, mereka menjadi layak untuk di puji.
Allah SWT dalam QS Al-Hujarat ayat 13 berfirman bahwa: “tiada beda antara laki-laki dengan si wanita di mata Allah dan sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah hanyalah orang bertaqwa”. Secara fisik lelaki memang lebih kuat dari wanita, tetapi secara psikologis wanita juga mempunyai sifat yang sangah mudah dipahami oleh anak-anak dalam mendidiknya.

Rasulullah Saw pernah bersabda bahwa hanya orang mulialah yang menghormati kaum wanita dan hanya orang hinalah yang merendahkan kaum wanita. Dengan melihat hadits tersebut, timbul pertanyaan, mengapa masih ada sebagian orang yang menghina kaum wanita? Begitu banyak harga diri wanita yang telah dihancurkan oleh sebagian laki-laki yang menganggap wanita hanya pemuas nafsu belaka. Orang yang belum membuka mata terhadap siapa wanita itu, perlu dari sekarang untuk belajar menghargai dan menjaga kaum hawa. Sebagaimana sabda Rasullah Saw dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Boihaqi: “Sesungguhnya wanita adalah belahan yang tak terpisah dari laki-laki.

3. Wanita Shalehah dalam Naungan Islam
MEREKA telah mendapatkan ketenteraman dan harga diri sebagai wanita mulia sejak lahirnya Nabi Muhammad Saw sebagai bukti Islam sangatlah menghormati wanita, mereka bukanlah makhluk kedua, bukan pula pelengkap penderita, mereka adalah sosok yang punya andil dalam kemajuan peradaban. Para wanita shalehah yang akan menjadi cermin bagi kemajuan peradaban, jika mereka baik maka dunia pun akan menjadi indah. Karena kedudukan yang sangat tinggi mereka junjung saat ini, maka mereka patut untuk dibanggakan demi kemajuan dan kedamaian suatu negara. Kita harus tahu bagaimana para wanita-wanita Arab menjaga dirinya dari yang bukan muhrimnya, mereka yang menjaga auratnya dari ujung rambut sampai ke ujung kaki karena mereka tahu bagaimana Allah telah memberikan kemuliaan dan naungan yang sangat mulia kepada mereka.

Kutipan yang saya ambil dari Kitab “Uqudul Lijjain” (Syaikh Muhammad Umar, 1294 H: 8), menyebutkan tiga ciri wanita shalehah, yakni:
(a) menutup aurat atau wajah dari pandangan ajnabi;
(b) taat kepada suami dan kepada orang tua;
(c) memelihara dirinya dari harta suami pada saat suami berada di luar rumah.

Adapun ciri wanita shalehah juga adalah melaksanakan shalat lima waktu dan berpuasa. Ciri-ciri ini merupakan ciri utama bagi wanita shalehah. Namun demikian, keshalehan itu juga ditentukan oleh sejauhmana seorang wanita itu shaleh dengan lingkungan sekitarnya.Dalam buku yang saya baca, Ahmad Muhammad Jamal (2002) Stein royen menyatakan: “kamu wanita telah menemukan apa yang mereka cari terus-menerus dalam naungan Islam, sebab agama telah menempatkan mereka pada posisi sentral ketika agama lain menghina mereka.”Dalam kutipan di atas jelas bahwa Islam telah mengangkat kaum wanitadari berbagai fungsi, posisi, serta peran, Islam membawa wanita dari dapur, sumur, dan ranjang para kaum awam melangkah menuju perpustakaan alam semesta yang penuh dengan ayat-ayat Allah SWT.Banyak yang mengira pandangan dan perlakuan merendahkan terhadap wanita hanya ada di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah. Tapi sebenarnya berlanjut pada masa-masa setelah Jahiliyah. Nilai wanita masih bermasalah dalam segala kekejian persepsi dan perlakuan yang dilakuakan oleh para filsuf dan masyarakat Yunani, peradaban Romawi Tiongkok, Persia, raja-raja Eropa abad pertengahan, abad kegelapan hingga abad revolusi para kaum Yahudi. Hanya Islam yang dari awal berkehendak membebaskan wanita dari diskriminasi semacam ini. Islam sangatlah jeli dalam mengarah dan membina wanita, bahkan sebahagian ulama berpendapat bahwa wanita haram keluar rumah, kecuali dengan muhrimnya. Timbul pertanyaan dalam benak kita, apakah wanita yang berdakwah sekarang bukanlah wanita shalehah? Tentu saja tidak seperti itu. Maksud shalehahdi sini bukan berarti ia tidak boleh meneruskan dakwah untuk kemajuan Islam, tetapi wanita shalehah di sini adalah wanita yang selalu bisa memberi ide cemerlang serta dorongan di mana saja ia berada asalkan ia masih berada dalam aturan-aturan yang telah ditetapkan dalam agama Islam. Ini merupakan sebuah bukti bahwa Islam tak pernah membiarkan para wanita berkeliaran dengan kezaliman yang hanya membuat mereka akan hina pada pandangan orang banyak. Timbul pertanyaan, kenapa wanita sekarang begitu dekat dengan budaya-
budaya Barat? Itu semua disebabkan mereka tidak pernah tahu bahwa Allah telah
memberikan sebuah kemuliaan yang tak tertandingi.

Islam benar-benar memberikan penghargaan dan perlindungan, Islam tidak memandang wanita dalam dengan kehinaan, memperbudak bahkan martabatnya direndahkan, harga diri mereka dilecehkan dan penganiaan yang bermacam-macam. Tetapi Islam malah sebaliknya, Islam memperlakukannya dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Sementara di kalangan orang Arab masa dahulu, meskipun wanita diberi kebebasan yang cukup memadai, tetapi mereka masih saja menindas dan memperlakukan wanita dengan kasar. Semua yang dilakukan oleh bangsa-bangsa sebelum Islam datang tidak pernah terjadi ketika Islam sudah datang. Islam merupakan agama yang paling mulia derajatnya dan paling tinggi kedudukannya, Islam adalah agama Allah yang tidak kenal dengan kebatilan dari sisi manapun, Islam membersihkan wanita dengan menghargai martabatnya dan meninggikan kedudukan para wanita yang hilang haknya, mengaruniainya kehormatan yang tidak boleh diinjak-injak, Islam memberikan keputusan yang bijaksana kepada wanita dan hak untuk mengelola apa yang ia miliki. Islam berjuang mengakhiri penindasan orang zalim yang telah menzalimi kaum wanita, melepaskan belenggu perbudakan darinya dan mengeluarkannya dari kegelapan ke alam yang terang benderang, mengeluarkannya dari kegelapan kehinaan dan penyiksaan yang pedih serta memanjakan hak-haknya dengan benteng yang kokoh.

4. Surga di Bawah Telapak Kaki Ibu

SUDAH tidak asing lagi bagi kita tentang sebuah hadist yang menyatakan bahwa
Syurga di bawah telapak kaki ibu.”
Hadist tersebut menunjukkan bahwa keridhaan Allah terletak pada keridhaan ayah dan ibu, begitu juga sebaliknya jika Allah murka, itu juga karena murka kita pada ibu dan bapak. “Ketika seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah: kepada siapa aku harus berbakti? kemudian Rasul menjawab: ibumu, kemudian ia bertanya lagi, kemudian kepada siapa lagi ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian ia bertanya lagi, Rasulullah juga menjawab: ibumu. Dan hingga kali keempat ia bertanya, baru Rasulullah
menjawab: bapakmu.” Begitu besarnya derajat seorang ibu, jangan pernah kita menyia-nyiakan mereka, jangan pernah menyakiti mereka, mengatakan “ah” saja Allah begitu murka kepada kita, apalagi menyakiti hatinya. Ini merupakan keutamaan yang paling berharga yang telah diceritakan oleh Allah kepada kita para wanita. Wanita shalehah merupakan kunci utama bagi seseorang untuk masuk ke dalam syurga Allah, jika kita durhaka kepada mereka, jangankan mendapat syurga, merasakan nikmatnya saja jangan pernah bermimpi.

Oleh karena itu hormatilah wanita sebagaimana Sabda Rasulullah Saw:
yang terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik memperlakukan isterinya.”
Semua ini merupakan ungkapan keunggulan wanita dalam Islam. Islam juga menempatkan wanita pada posisi yang sangat terhormat, sedangkan agama lain hanya menganggap sebagai keranjang sampah, hina dan menyesatkan.

5. Di Belakang Kesuksesan Laki-Laki Ada Wanita Shalehah

SUDAH tidak dapat dipungkiri lagi, memang sudah menjadi lumrah jika wanita merupakan penunjang dalam karir serta kesuksesan para laki-laki. Sebagai bukti wanita sebagai penunjang kesuksesan, akan kita uraikan kisah Rasulullah saat beliau berada di Gua hirak.

Ketika Rasulullah berada di Gua hirak, Malaikat Jibril menghampiri beliau sambil berkata “bacalah”, kemudian Rasul menjawab: “saya tidak bisa membaca.” Kemudian Jibril berkata lagi “bacalah” dengan seraya Rasul merasa gugup, ketakutan dan berkeringat dingin membasahi tubuhnya, dan menghampiri sang istri tercinta (Khadijah), saat itu Khadijah melihat Rasulullah sangat ketakutan dan Khadijah segera menyelimuti Rasulullah, khadijah menanyakan apa yang telah terjadi dengan Rasulullah. Rasulullah menceritakan apa yang semua dialaminya di Gua Hira.
Kemudian Khadijah mengajak Rasulullah untuk menemui sang pamannya (Warakah bin Nofal), ia merupakan seorang pendeta, setelah keduanya bertemu dengan Waraqah, mereka menceritakan apa yang dialami oleh Rasulullah di Gua Hira, Warakah mengatakan: “wahai keponakanku bersyukurlah kamu, bahwa suamimu itu merupakan seorang utusan Tuhan, yang akan membawa ajaran-ajaran yang benar dan yang berada di Gua Hira itu adalah seorang malaikat (Jibrilnamanya).

Kemudian Rasulullah pulang bersama Khadijah untuk mengajarkan ajaran-ajaran Allah dan wanita pertama masuk Islam adalah Khadijah. Saat itu Khadijah-lah yang memberi dorongan kepada Rasullah untuk melangsungkan dakwahnya, Khadijah memberikan sejumlah hartanya untuk berbekalan Rasullah dalam berdakwah, ini merupakan sebuah kemulian Islam terhadap para wanita-wanita shalehah. Masih banyak lagi para wanita-wanita yang menjadi pendorong dalam kesuksesan menyebarkan dakwah tentang ajaran Allah mereka adalah: Fatimah Az Zuhra, Umu Salamah, Zainab, Hamidah, Sausan, Halimah, dan
Aisyah.

6. Wanita Shalehah Merupakan Tokoh Utama dalam Kehidupan

SEBUAH fakta bahwa wanita merupakan tokoh utama dalam kehidupan baik dia seorang isteri maupun telah menjadi seorang ibu, walaupun wanita dikatakan sebagai fitnah, tapi kata fitnah ini harus kita artikan dengan makna yang positif, dengan demikian wanitalah yang akan mewarnai kehidupan dengan corak ragam yang nyata, ia merupakan pendidik utama dalam pangkuan seseorang, wanitalah seorang yang bisa menepati ke jenjang yang lebih tinggi.

Singkatnya wanita dalam lingkup kelurga merupakan arena penyokong utama kemajuan dan kenyamanan dalam kehidupan, tidaklah benar kalau ia yang menjadi penyebab kedewasaan orang lain, wanita sejati dan shalehah adalah mitra istimewa dalam kehidupan.
Dengan demikian wanita sebagai seorang ibu atau isteri merupakan pilar keluarga sama dengan peran yang diembankan oleh seorang ayah bahkan dapat kita simpulkan posisi wanita dalam keluarga lebih unggul dari pada posisi laki-laki. Wanita adalah pendidik dan pengasuh para wanita dan pria terhormat, dari pangkuan seorang wanitalah seorang laki-laki menempati jenjang yang tinggi di pangkuan wanita merupakan tempat pendidik orang-orang besar, wanita dan lelaki.“

Perlu kita ingat bahwa pendidikan utama yang dibutuhkan oleh si anak adalah didikan dari keluarga, sedangkan yang berperan sebagai pendidik yang lebih mengetahui dalam keluarga ialah seorang ibu, mereka tidak akan menjadikan anak yang shaleh dan shalehah, jika dalam keluarga hancur,porak poranda jika penuh dengan caci maki.
Jika seorang ibu berhasil mendidik anak-anaknya dengan sempurna dalam keluarga, maka kita tidak perlu gelisah, Insya Allah mereka akan terbawa ke jalan yang diridhai oleh Allah SWT, tetapi jika seandainya peran seorang ibu gagal dalam mendidik keluarga maka janganlah kita heran kenapa mereka begitu sulit menuju kejalan yang benar, begitu juga jika seorang wanita berperan sebagai seorang isteri, karena isteri merupakan salah satu penunjang keberhasilan dalam melakukan dakwah sang suaminya.

Jangan pernah kita menyia-yiakan kemuliaan serta kelebihan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita, yaitu dengan julukan “ummu warabbah al-bait wanita sebagai pengatur rumah tangga yang baik). Wanita shalehah-lah yang selalu memahami akan fitrahnya, ia akan menjadi cahaya bagi peradaban yang akan datang.

7. Wanita Tempat Berbagi Suka dan Duka
SEBAGAI wanita shalehah, dibebankan kita untuk melaksanakan tiga kewajiban, yaitu kewajiban kepada Allah, kewajiban kepada suami, dan kewajiban kepada anak-anak.
Kewajiban kepada Allah merupakan kewajiban yang paling utama yang harus dipenuhi oleh seorang wanita. Seorang wanita shalehah-lah yang selalu taat kepada sang suami ia akan mendapat indahnya nikmat syurga bila ia memenuhi kewajibannya kepada seorang suami. Wanita merupakan tempat curahan suka dan duka sang suami jika ia menjadi seorang isteri kelak, alangkah indahnya jika seorang wanita selalu menjadi tempat curahan bagi suami. Kala susah wanitalah yang menjadi arahan dan dorongan sebagai penunjang kesuksesan, dengan senyuman saja keputusan bisa menjadi sebuah harapan serta kegelapan bisa menjadi terang. Saat duka datang, wanitalah yang membuat ketenangan, ia selalu memberi kesejukan, kedamaian yang tak tertandingi. Kemudian yang terakhir adalah kewajiban seorang wanita terhadap anak-anak, seorang anak bisa tersenyum lebar bila seorang ibu selalu berada di dekatnya, semua suka duka yang ia hadapi hanya nasehat seorang ibu yang bisamembuat ia menjadi lebih bahagia dan tenang.

Ibu merupakan kata penegasan pendidikan pertama, tempat seorang anak mempertanyakan sesuatu yang belum ia mengerti dengan bahasa yang begitu akrab, berjuta harapan serta keinginan yang sangat mendalam tentang semua yang belum ia mengerti, ia merupakan tempat pengaduan yang paling tepat pada saat iasedang terluka, belaian yang paling tenteram saat ia gelisah dan dekapan yang paling aman pada saat ia merasa ketakutan.

Wanita shalehah adalah perpustakaan yang paling lengkap, lapangan yang paling luas, kelas yang paling nyaman. Dan pribadi seorang wanita shalehah tidak bisa tertandingi ketika seseorang membutuhkannya. Betapa besar peranan ia dalam membangun kemajuan bangsa sebuah kisah di antara wanita shalehah yang ia seorang wanita yang paling mahir bersyair, ia mendidik anak-anaknya serta mengorbankan hidupnya untuk membesarkan mereka, ia selalu memberikan semangat kepada anak-anaknya saat anak-anaknya ingin berperang dan ia selalu berpesan kepada anak-anaknya: apabila kalian telah melihat peperangan maka janganlah kalian mundur selangkahpun supaya kalian mendapatkan fahala di akhirat, di negeri keabadian.

Inilah salah satu bukti bahwa betapa besarnya peranan wanita dalam membangun dan mengembangkan generasi Islam. Wanita shalehah bertanggungjawab penuh terhadap pendidikan si buah hatinya, mengenai hal ini ia tidak pernah mau berpindah tangan kepada orang lain, untuk itu dikatakan bahwa rumahlah madrasah pertama bagi anak-anak, sebegitu pentingnya peranan seorang ibu dalam pendidikan anaknya. Oleh karena itu, jika di dunia modern seperti saat ini masih ada yang menyia-nyiakan kaum wanita shalehah dan selalu menzaliminya, mudah-mudahan Allah SWT mempertahankan mereka dengan laki-laki yang beriman di akhirat kelak, seperti seorang laki-laki yang mulia. Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyah ini merupakan doa istri Rasullullah Aisyah ra.

8. Wanita adalah Sebagai Manusia Individu
DARI sekian banyak keutamaan-keutamaan yang telah penulis tulis dalam karangan ini, penulis ingin menguraikan tentang wanita dalam Al-Qur’an sebagai manusia individu yang diciptakan oleh Allah SWT dengan sempurna. Berbicara tentang perbedaan antara wanita sebagai individu dengan wanita sebagai bagian dari masyarakat ialah Al-Qur’an telah memperlakukan wanita sebagai manusia individu baik laki-laki maupun perempuan secara sama, berkenaan dengan spritualitas hak perempuan tidak berbeda dengan hak lelaki. Di dunia ini, setiap individu telah diberikan tanggung jawab dan kemampuan dalam berbicara, berbicara akan kemampuan Allah SWT tidak pernah membeda-bedakan
di antara wanita dan laki-laki.

Perlu diketahui, bahwa para pengarang muslim telah mengeluarkan penafsiran inipun mengakui bahwa Al-Qur’an bertujuan untuk menegakkan keadilan. Wanita muslimah pada awal munculnya Islam ikut berperang mendampingi kaum pria, perawat pasukan yang terluka, membantu membalut bandej untuk menghentikan darah yang mengalir, memperkuat tulangnya yang patah meningkatkan semangat perjuangan, berpatroli di antara barisan pasukan, mempertaruhkan nyawanya menentang kematian, merelakan tubuhnya dihantam
anak panah. Semua ini yang akan penulis sebut nantinya sudah pernah dilakukan oleh
wanita-wanita muslim yang telah terdahulu. Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada mereka, mereka telah menjadi wanita-wanita yang terbaik di dunia ini.



WANITA adalah mata air kebahagian dalam kehidupan, sumber kasih sayang dan kelembutan wanita adalah tiang dan rahasia kesuksesan laki-laki dalam bekerja.
Wanita dapat membagikan keberanian dan semangatnya, wanita adalah teman hidup suaminya, sekaligus menjadi sumber ketenangan batin di dalam kehidupan Islam. Tetapi mengapa masyarakat Arab Jahiliah sangat benci kepada anak perempuan, padahal Allah SWT telah berfirman dalam QS An-Nahlu ayat 58-59 yang artinya: ”Dan apabila seorang dari mereka diberi kabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah mukanya dan ia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan
ataukah menguburnya ke dalam tanah hidup-hidup? Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”
Berbicara mengenai wanita dalam Islam akan panjang sekali tetapi nyaman, menarik, dan jauh dari sasarannya manis menegakkan jiwa dan menarik hati semenjak menyingsingnya mentari Islam, telah menyempatkan iman kepada Allah semata tidak ada sekutu baginya. Di dalam Islam, wanita dicipatakan untuk ikut berbagi manis dan pahitnya kehidupan bersama pria, agar ia menjadi tempat bagi pria menyampaikan ceritanya dengan demikian, wanita adalah penasehat pertama bagi manusia sekaligus menjadi pendidik, dan tempat belajar sebelum seseorang mengenal berbicara, wanita shalehah-lah yang menanam kebiasaan-kebiasaan yang baik dan sifat-sifat terpuji pada diri manusia sehingga ia menjadi orang yang terpandang dan berani.

Sudahkah kita bertaubat

Isnin, Oktober 29, 2007 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:
Solat Taubat Penjernihan Jiwa
Apr 27th, 2007 by nurjeehan
Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
Ikhlas ingin bertaubat
Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
Untuk pembacaan lanjut tentang taubat — http://nurjeehan.wordpress.com/tag/taubat/
———————————————————–
*Makruh tahrim - Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

ciri-ciri lelaki sholeh

Isnin, Oktober 29, 2007 by Salman At-Tawawi · 0 comments
Labels:

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.

17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Tugas-tugas dan kewajipan lelaki soleh:

1. Mencari nafkah (belanja hidup)

2. Berjihad Fisabilillah.

3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.

4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.


1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.


Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba,

2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,

3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,

4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,

5. Mencuri

6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.


3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
” Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam


4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: “Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )
Tauladan Rasulullah dalam kehidupan berkeluarga:
Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.
Wassalam.
Blog Widget by LinkWithin

MY WAY OF LIFE

WORDS OF WISDOM

Syaidina Abu bakar pernah berkata : Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: 1. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. 2. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. 3. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amalan soleh. 4. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ 5. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

ARABIC-WORD OF THE DAY

Blog Archive

Followers

WELCOME

NEWS ONLINE

CHECK THIS OUT